Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak

Clinton, Ringit and Hamidah, Abdul Wahab and Remmy, Gedat (2021) Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. In: 3rd International Conference on Language Studies 2021, 8-9 September 2021, Online.

[img] PDF
Hamidah.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kosa kata bahasa halus yang terdapat dalam masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. Kajian ini menerapkan pendekatan metafora konseptual (Lakoff & Johnson, 1980) untuk menganalisis bahasa halus tersebut dan penyelidikan ini menjadi sandaran untuk melihat hubungan budaya dengan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau. Kajian ini menerapkan kaedah kualitatif, iaitu melalui temu bual berstruktur untuk mendapatkan data melalui 10 orang informan perempuan dan 10 orang informan lelaki. Hasilnya, kajian ini memperoleh 20 data melalui empat domain, iaitu domain ketakutan, kematian, kepercayaan, dan kejantinaan. Pendekatan metafora konseptual yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980) menunjukkan data bagi domain kejantinaan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau, iaitu beganti (berganti), betubuh bisi’ (ada isi), betubuh dua (berbadan dua), bungai layu’ (bunga layu), dan rumbau (tidak berbuah) mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kepercayaan masyarakat Iban. Hubungan bahasa halus dengan konteks budaya masyarakat Iban Sebuyau juga menunjukkan sistem kepercayaan dan menghormati alam lain amat dititikberatkan dalam setiap tutur kata.

Item Type: Proceeding (Paper)
Uncontrolled Keywords: Bahasa halus, Iban Sebuyau, metafora konseptual, budaya, semantik kognitif
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Abdul Wahab
Date Deposited: 14 Dec 2021 04:08
Last Modified: 13 Oct 2023 01:51
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/37153

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item