Nurul Aidzza Fadzwin, Adzahar (2020) “LIDAH” DALAM SIMPULAN BAHASA : SATU ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF DAN AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password from TECHNICAL & DIGITIZATION MANAGEMENT UNIT, ext: 082-583913/ 082-583914)
Nurul Aidzza Fadzwin.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Simpulan bahasa merupakan sesuatu ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga patah perkataan dan tidak mempunyai makna yang berkaitan dengan makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa juga dikategorikan sebagai bentuk peribahasa yang sangat mudah, tepat dan padat dari segi maknanya. Orang Melayu dahulu gemar menggunakan simpulan bahasa ini adalah untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkah laku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Sejak zaman dahulu, simpulan bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan hasrat dan hajat di hati sama ada bermaksud baik ataupun jahat. Sehubungan itu, kajian ini cuba mencungkil akal budi Melayu menerusi simpulan bahasa yang berkaitan dengan anggota badan manusia iaitu ‘lidah’ dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif. Justeru itu, data simpulan bahasa yang berkaitan diambil daripada di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebanyak 15 data simpulan bahada yang dikaji dalam kajian ini. Analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) dilakukan terhadap pengunaan simpulan bahasa ‘lidah’ yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan data korpus. Hasil kajian mendapati lidah telah dikonsepsikan sebagai penghasilan satu percakapan dan perbuatan yang menunjukkan banyak makna penggunaannya. Penggunaan simpulan bahasa dalam ayat yang dipetik daripada Pangkalan Korpus (DBP) sama ada positif dan negatif ditonjolkan menerusi 15 simpulan bahasa yang dikaji. Terdapat 7 simpulan bahasa membawa makna positif dan 8 simpulan bahasa membawa makna negatif. Namun, makna simpulan bahasa tersebut hanya menunjukkan hasil makna positif dan negatif melalui makna secara dasar atau harfiah sahaja. Kesimpulannya, simpulan bahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu bukan hanya ungkapan kosong, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya masyarakat lebih mengamatinya.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project Report (BSc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2020. |
Uncontrolled Keywords: | Lidah; simpulan bahasa; akal budi Melayu; semantik inkuisitif (SI. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language & Communication Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language & Communication |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 09 Dec 2021 06:32 |
Last Modified: | 09 Dec 2021 06:32 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/37065 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |