Roslan, Ali and Fatimah, Hj Subet and Maheram, AHMAD (2021) PENTERJEMAHAN HOMONIM ARAB-MELAYU DALAM DOMAIN KETAKUTAN : SATU ANALISIS TEORI RELEVAN. In: Proceedings of the 3rd International Conference on Language Studies 2021, 8-9 September 2021, UNIMAS.
PDF
248.pdf Download (321kB) |
Abstract
Homonim yang terdapat dalam al-Quran al-Karim mendatangkan masalah kepada pembaca kerana mempunyai ejaan dan sebutan yang sama tetapi berbeza makna. Perbezaan makna ini pula menyebabkan kesukaran kepada penterjemah untuk memilih padanan terjemahan yang sesuai dan tepat. Sehubungan dengan itu, kajian ini berusaha untuk mendapatkan gambaran kognitif dan padanan yang lebih jelas, relevan, mudah difahami dan apabila dibaca terasa sedekat mungkin dengan khalayak pembaca di alam Melayu (Nusantara). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menerapkan Teori Relevan (TR) yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995). Penerapan tiga gagasan penting dalam TR, iaitu konteks, kesan kognitif dan usaha memproses akan digunakan untuk menganalisis dan menghuraikan data kajian. Data kajian diambil daripada kitab suci al-Quran al-Karim yang bertemakan “ketakutan”. Dapatan kajian dianalisis menggunakan TR yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas, relevan, makna yang boleh dipertanggungjawabkan serta kena benar dengan budaya landskap masyarakat di alam Melayu ini. Selain makna linguistik, TR juga mampu menganalisis makna siratan meskipun dalam perkataan yang berhomonim. Akhirnya, dapatan kajian ini dijangka dapat membantu para penterjemah Arab-Melayu-Arab dalam usaha mencari padanan makna yang sesuai dan sejadi meskipun dalam teks agama.
Item Type: | Proceeding (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | homonim; gambaran kognitif; teori Relevan; ketakutan; makna |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Sanawi |
Date Deposited: | 01 Dec 2021 09:20 |
Last Modified: | 13 Oct 2023 06:49 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/36887 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |