SaraGuVRA : PEMETAAN VISUAL REALITI MAYA 360° SECARA KREATIF MENERUSI TEKNOLOGI DIGITAL

Anuar, Ayob and Aslina, Mohd Jainal (2021) SaraGuVRA : PEMETAAN VISUAL REALITI MAYA 360° SECARA KREATIF MENERUSI TEKNOLOGI DIGITAL. International Journal of Applied and Creative Arts, Vol 4 (1). pp. 130-142. ISSN 2636-9427

[img] PDF
sara1.pdf

Download (48kB)
Official URL: https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/IJACA/ab...

Abstract

Artikel ini khususnya mengetengahkan kebolehgunaan visual realiti maya 360 darjah (360°) yang dihasilkan melalui pemetaan visual secara kreatif menerusi teknologi digital, yang dapat memudahkan urusan navigasi atau merasai pengalaman penerokaan lokasi pelancongan secara maya oleh pengguna dalam kehidupan masa kini. Penyelidikan ini mengkaji keupayaan teknologi digital yang berupaya mengubah elemen fotografi, videografi dan grafik menjadi data serta visual secara kreatif melalui eksplorasi pemetaan lokasi yang dijalankan di Taman Negara Bako dan Teluk Melano, Sarawak. Teknologi digital melalui kaedah pemetaan yang menjana visual kreatif menerusi sentuhan elemen interaktiviti dalam memaparkan lokasi maya dapat mewujudkan gambaran kehadiran dan beradaan secara nyata pengguna di persekitaran yang belum dilawati secara fizikal. Hasil dari eksplorasi visual kreatif menggunakan pelantar teknologi digital, model percubaan pemetaan visual reality maya 360° dengan nama SaraGuVRA (Sarawak Guided Virtual Reality Assistant) telah diterjemahkan bagi dirujuk oleh penyelidik untuk tujuan navigasi reality maya secara digital pengguna dalam maklumat awal berkaitan dengan lokasi yang ingin dituju menerusi pemetaan visual reality maya 360° secara kreatif yang dapat digunakan untuk tujuan pelancongan oleh mereka jika hasil penyelidikan iaitu navigasi ini berjaya direalisasikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pemetaan visual realiti maya 360°, teknologi digital, kreatif, pelancongan
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Ayob
Date Deposited: 01 Dec 2021 07:57
Last Modified: 01 Dec 2021 07:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36867

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item