Dilah, Tuah (2021) Kebitaraan Pelancongan di Telok Melano: Khazanah, Potensi dan Cabaran. In: Seminar Kebitaraan Negeri Sarawak Siri 2, 30 November 2021, Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak. (Unpublished)
PDF
melano1.pdf Download (46kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan di Kampung Telok Melano, Lundu (Sarawak, Malaysia) yang menjadi destinasi pelancongan baharu di Bahagian Kuching. Dalam tempoh 52 tahun (1963-2015) selepas pembentukan Malaysia, kawasan ini masih ketinggalan dan mundur kerana kedudukannya yang dipisahkan oleh lautan dan hutan tebal. Kebitaraan pelancongan di kawasan ini sememangnya telah dikesan awal, namun ketiadaan akses jalan raya yang baik serta kemudahan asas yang sempurna, menyebabkan Kampung Telok Melano kurang dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Perkampungan ini hanya dikenali selepas pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano, Lebuh Raya Pan Borneo pada 26 Januari 2020. Justeru, kajian ini akan membincangkan kebitaraan pelancongan yang terdapat di Kampung Telok Melano dengan mengaplikasikan kerangka niche tourism yang diperkenalkan oleh Novelli (2005). Data kajian diperoleh menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui rakaman temu bual, wawancara dan pemerhatian ikut serta. Dapatan kajian menunjukkan Kampung Telok Melano sememangnya memiliki kebitaraan pelancongan yang selari dengan tiga niche tourism Novelli (2005) iaitu kebudayaan, alam sekitar dan luar bandar. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan kebitaraan pelancongan yang terdapat di Kampung Telok Melano turut memberi impak positif kepada sumber pendapatan penduduk kampung. Dari sudut cabaran, kajian mendapati pandemik Covid-19 yang bermula pada penghujung tahun 2019 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 telah menjejaskan kedatangan pelancong dan pendapatan penduduk khususnya pengusaha homestay. Dalam konteks kosa ilmu, kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan terkini bagi melihat impak positif pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo kepada sektor pelancongan di Kampung Telok Melano serta destinasi pelancongan lain di Sarawak.
Item Type: | Proceeding (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kebitaraan; Telok Melano; pelancongan; khazanah; Sarawak |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 01 Dec 2021 08:42 |
Last Modified: | 13 Oct 2023 02:05 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/36864 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |