The Making of 'PEYSAN'

Mohamad Faizuan, Mat (2021) The Making of 'PEYSAN'. [Video]

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: https://www.youtube.com/watch?v=X4_kqrQTu90

Abstract

Pokok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang hidup subur dikawasan paya air masin. Ianya lebih dikenali oleh masyarakat nelayan yang tinggal di kawasan pesisir Sarawak sebagai pohon apong. Kehebatan pokok nipah ini tidak hanya pada pada airnya yang diproses menjadi gula apong malah buahnya juga enak dimakan. Tetapi kita sering lupa bahawa daunnya juga mempunyai fungsi yang pelbagai. Daun nipah digunakan dengan sangat meluas di Sarawak. Penggunaannya meliputi kehidupan seharian masyarakat Sarawak. Daripada penghasilan kraftangan, perubatan tradisional, kegunaan fungsional seperti dijadikan penyapu lidi, atap rumah, rokok daun dan sebagainya sehinggalah kepada pemprosesan makanan. Justeru itu, adalah sangat penting untuk kita perkenalkan daun nipah ini untuk pengetahuan generasi masa kini dan akan datang. Menariknya, penggunaan daun nipah dalam pemprosesan makanan tradisi Sarawak sangat banyak. Antaranya tapai beras, takir lemak, celorot, ketupat dan banyak lagi. Tetapi video kali ini memberi fokus berkenaan pemprosesan makanan dari daun nipah yang dipanggil ‘peysan’oleh masyarakat Kabong. Menghasilkan ‘peysan’ ini memerlukan kemahiran tertentu. Daun dipotong mengikut saiz yang diinginkan, bilah kecil dihasilkan untuk mengikat daun nipah ini agar makanan tidak terkeluar dari ‘peysan’ ini. Kebiasaanya ‘peysan’ ini dihasilkan untuk memais makananan laut seperti ikan, udang, sotong, dan lain-lain. Perkataan ‘memais’ pula merujuk kepada kaedah pembakaran secara tradisional menggunakan arang.

Item Type: Video
Uncontrolled Keywords: video, perkongsian, telefon kamera, telefon video, percuma, muat naik
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Mat
Date Deposited: 29 Nov 2021 06:55
Last Modified: 29 Nov 2021 06:55
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36835

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item