Pemetaan Visual Aplikasi Realiti Maya 360° Secara Interaktif Menerusi Peranti Pintar Interactive Visual Mapping of 360° Virtual Reality Application Through Smart Device

Anuar, Ayob and Aslina, Mohd Jainal (2021) Pemetaan Visual Aplikasi Realiti Maya 360° Secara Interaktif Menerusi Peranti Pintar Interactive Visual Mapping of 360° Virtual Reality Application Through Smart Device. In: 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON APPLIED AND CREATIVE ARTS, 17-18 AUGUST 2021, VIRTUAL CONFERENCE.

[img] PDF
maya4.pdf

Download (3MB)
Official URL: https://linktr.ee/ICACA

Abstract

ABSTRAK Kajian ini khususnya mengetengahkan kepentingan penggunaan aplikasi realiti maya 360 darjah (360°) yang dihasilkan melalui pemetaan visual secara interaktif menerusi peranti pintar, dalam memudahkan urusan navigasi atau merasai pengalaman penerokaan lokasi secara maya terhadap pengguna dalam kehidupan masa kini. Keupayaan teknologi digital yang menggabungkan elemen fotografi, videografi dan grafik dalam memaparkan data serta visual secara kreatif yang dirangkaikan dengan sentuhan interaktif menerusi pelantar peranti pintar dapat membantu ahli masyarakat untuk memperolehi maklumat awal tentang lokasi yang ingin dituju. Lokasi-lokasi seperti Taman Negara Bako dan Teluk Melano di Sarawak yang merupakan tempat pelancongan dan tumpuan ramai dipilih kerana ia bersesuaian dengan tujuan kajian. Pada peringkat ini, penjanaan imejan secara realiti maya 360° lokasi-lokasi tersebut akan diuji menggunakan aplikasi realiti maya 360° sedia ada pada sistem operasi Android dan iOS yang bersifat interaktif seperti InstaVR, Headjack io dan Wonda VR. Berdasarkan itu, aplikasi projek perintis secara Interaktif Realiti Maya 360° darjah dengan nama SaraGuVRA v1.0 (Sarawak Guided Virtual Reality Assistant version 1.0) menerusi Aplikasi Peranti Pintar Android dan iOS diterjemahkan. Ia masih memerlukan banyak proses adaptasi kesesuaian serta kebolehgunaan yang berkesan. Hal ini bagi memastikan aplikasi ini dapat diakses dengan mudah dan berfungsi sepenuhnya untuk kegunaan khalayak umum sama ada tempatan mahupun antarabangsa pada masa hadapan. Secara kesimpulannya, kajian ini berupaya memanfaat dan memudahkan kehidupan masyarakat dalam mendapatkan maklumat awal berkaitan dengan lokasi yang ingin dituju, kerana ia boleh diakses menggunakan peranti pintar yang merupakan peralatan teknologi mudah alih yang amat penting serta dimiliki oleh kebanyakan ahli masyarakat di luar sana pada masa kini. Kata kunci: pemetaan visual, realiti maya 360°, interaktif, peranti pintar ABSTRACT This study focused on the importance of using an interactive 360° (360 degrees) virtual reality applications generated through visual mapping on smart devices, that ease user for navigation purposes or enable them to explore and experience the intended location through virtual environment nowadays. Digital technology capabilities in photography, videography, and graphics that creatively portraying data and visuals in interactive mode on smart device platform can help community members in obtaining preliminary information on the location they intend to go to. Locations such as Bako National Park and Teluk Melano in Sarawak which popular as a place of attraction and a tourist destination have been selected for this study. At this stage, a complete 360° virtual reality of these locations will be tested using the existing 360° virtual reality application available on Android and iOS operating systems such as InstaVR, Headjack io dan Wonda VR. Based on that, a pilot project of an Interactive 360° Virtual Reality application called as SaraGuVRA v1.0 (Sarawak Guided Virtual Reality Assistant version 1.0) has been developed, which need to go through more suitability adaptation and effective usability. This is to ensure that the application can be easily accessed and full function for the use of the public, either locally or internationally in the future. In a conclusion, this study will be able to benefit and ease the way the community obtaining preliminary information related to their intended location, which can be accessed using smart devices that are important and owned by almost of community members out there nowadays. Keywords: visual mapping, 360° Virtual Reality, interactive, smart device

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Sustainable Community Transformation
Uncontrolled Keywords: visual mapping, 360° Virtual Reality, interactive, smart device
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Ayob
Date Deposited: 22 Nov 2021 04:57
Last Modified: 19 Sep 2022 06:23
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/36695

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item