Mazdan, Ali Amaran and Mohd Sharizam, Hamzah (2021) Faktor Penglibatan, Ciri Personaliti dan Cabaran Usahawan Siswazah dalam Bidang Keusahawanan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (10). pp. 207-216. ISSN 2504-8562
PDF
siswazah1.pdf Download (114kB) |
Abstract
Pasaran pekerjaan negara yang terhad masa kini tidak mampu menampung ribuan jumlah graduan yang keluar setiap tahun dan seterusnya akan menyebabkan pengangguran dalam kalangan graduan. Oleh itu bekerja sendiri merupakan kerjaya yang harus diberi perhatian sebagai kerjaya alternatif oleh para graduan di sebalik makan gaji. Kajian ini mengkaji dan mengenal pasti kompetensi ciri-ciri usahawan yang berjaya serta faktor pendorong dan cabaran penglibatan lepasan siswazah dalam bidang keusahawanan ini. Seramai 20 orang usahawan siswazah telah ditemu bual secara bersemuka dan perisian N.Vivo versi 12.0 digunakan bagi menganalisis hasil temu bual tersebut secara kualitatif. Hasil temu bual mendapati simpanan sendiri dan ahli keluarga adalah merupakan sumber utama modal perniagaan. Minat dengan sikap, motivasi dan kemahiran diri adalah yang mendorong mereka untuk menjadi usahawan. Agresif, berwawasan dan berani mengambil risiko merupakan faktor kejayaan mereka. Modal, persaingan dan pemasaran merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | usahawan siswazah, bekerja sendiri, keusahawanan, siswazah, UNIMAS, University, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | A General Works > A11 Universiti Malaysia Sarawak-- Periodicals --Journal. |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts |
Depositing User: | Ali Amaran |
Date Deposited: | 11 Oct 2021 00:56 |
Last Modified: | 11 Oct 2021 00:56 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/36356 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |