Perjalanan Masih Panjang, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abdul Latip (2021) Perjalanan Masih Panjang, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 18.jpg

Download (179kB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Sememangnya berbeza pengalaman yang dilalui batch SPM Promax 2020 kali ini kerana tempoh pembelajarannya menggabungkan kaedah konvensional secara bersemuka dan kaedah online sekaligus. Apapun tahniah diucapkan di atas keputusan yang cemerlang para pelajar. Bagi yang kurang menyerlah dalam keputusan SPM, jangan berpatah hati terlalu awal. Anggap saja ini suatu permulaan baru dalam kehidupan dewasa. Seeloknya, mulai merancang yang terbaik mengikut keyakinan diri, ianya akan menjadi pemacu kepada kebahagiaan diri yang diimpikan serta kebanggaan keluarga yang akan menyaksikan kesungguhan dan perjuangan diri anda dalam perjalanan seterusnya. Konteks pelan perancangan individu ini boleh diteliti secara berfasa dan mengikut indikator yang signifikan kepada matlamat. Lihatlah bagaimana perancangan dibuat secara makro melalui Pelan Pemulihan Negara, selepas langkah-langkah membanteras Covid-19. Begitulah juga fasa perancangan pembangunan kerjaya diri boleh diperincikan mengikut fasa dan tempoh masa, serta apakah perkara-perkara penting yang ingin anda matlamatkan sehingga ke penghujung usia nanti. Bercerita tentang indikator, kita perlu bersifat selektif dan mendalami faktor-faktor yang perlu diutamakan. Dengan masa yang terbatas, adalah mustahil untuk kita meletakkan terlalu banyak matlamat dan perhatian kepada pelbagai perkara dalam satu masa. Tanyakan pada diri, yang mana lebih memberi makna yang dicari dalam kehidupan. Dengan mengenalpasti keutamaan fokus, kita akan dapat meletakkan fokus dan usaha secara bersasar secara lebih realistik dan munasabah. Samalah konsepnya dalam pengurusan sesebuah organisasi. Pandanglah pada perspektif strategik, dan rancanglah sebaiknya dengan andaian peningkatan keupayaan sumber pada keadaan industri yang akan pulih nanti.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:31
Last Modified: 12 Dec 2022 08:24
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35655

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item