Raikan Aidilfitri Seadanya, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abdul Latip (2021) Raikan Aidilfitri Seadanya, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 15.jpg

Download (175kB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Kekangan pandemik telah membatasi kita untuk menzahirkan rasa kecukupan, kegembiraan, keakraban, juga kasih sayang dengan cara yang dirasakan wajar selama ini. Keterbatasan ini sedikit sebanyak telah memaksa kita untuk menilai kembali dari sudut yang berbeza kali ini. Ya, kita sedang memahami dan mendalami erti sebuah pilihan. Di ketika ini, kita perlu memilih di antara kedekatan atau keselamatan orang tua yang dikasihi. Dalam perspektif yang lebih jelas pertimbangannya, memilih yang mana lebih besar kebarangkaliannya di antara manfaat atau mudarat sebuah perjumpaan. Apa yang kita sedang lalui hari ini mengajar tentang sesuatu yang baru. Refleksi yang tidak pernah terfikir oleh kita semua sebelum ini. Kurangnya perjumpaan, tapi rasa kerisauan dan sikap ambil peduli meningkat. Kurangnya pertemuan, namun rasa kekeluargaan semakin tebal di sanubari. Jelas, kita merasai suatu kualiti yang tidak nampak tetapi lebih dirasai pada yang melaluinya. Mungkin ada juga elemen kejutan dikirim melalui hadiah raya pengganti diri didatangkan melalui belian secara talian. Ada juga yang kreatif menggunakan teknologi masa kini, menghasilkan video persiapan raya dan aksi-aksi seisi keluarga untuk tatapan di malam raya agar orang tua di kampung tidaklah terlalu sunyi menghitung kesedihan. Tidak dinafikan, Aidilfitri membawa makna tersendiri mengikut kapsul masa yang unik pada setiap orang. Waktu yang silih berganti membawa warna-warni Aidilfitri dengan pelbagai pengertian dalam kehidupan kita. Ada kenangan riang zaman kanak-kanak, ada kisah kehilangan yang tersayang, dan pasti ada juga tahun-tahun yang kurang menyebelahi keinginan kita. Itu sebahagian dari lumrah kehidupan. Lalui sebaiknya pada kapsul masa ini agar ianya dikenang dalam lipatan nostalgia kehidupan suatu masa nanti.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:30
Last Modified: 12 Dec 2022 08:25
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35651

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item