Realiti Kerja Dalam Talian, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts).

Hamrila, Abdul Latip (2021) Realiti Kerja Dalam Talian, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)

[img]
Preview
Image
Article 14.jpg

Download (1MB) | Preview
Official URL: https://suarasarawak.my/

Abstract

Sedar atau tidak, kita semua melalui perubahan gaya hidup yang besar dan ianya berlaku dalam tempoh yang agak lama. Jelas apabila berlaku perubahan besar dan melibatkan kepentingan-kepentingan yang pelbagai, maka pengurusannya juga memerlukan perincian perubahan yang jelas bersesuaian dengan keperluan. Misalnya, persekitaran dan aturan kerja di rumah. Sedar atau tidak, ini bukan untuk stesyen kerja kita sehari dua. Ianya akan melibatkan pembelajaran, produktiviti dan pencapaian kita keseluruhan tahun-tahun yang terjejas. Sekilas pandang, nampak seolah belajar dan bekerja dari rumah sendiri lebih aman. Namun harus diingat, sebenarnya lebih banyak gangguan yang menguji fokus tumpuan. Manakan tidak, gangguan datang silih berganti di atas peranti yang sama. Dalam realiti sebenar bekerja di atas talian, senario gangguan adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Di situlah paparan untuk fokus bermesyuarat, di situ juga letaknya fokus membuat draf rangka kerja, di situlah juga berurusniaga, juga melayani sapaan & kerenah teman-teman. Pada yang masih belajar pula, paparan itulah medan komunikasi, di situ jugalah belajar. Rata-ratanya gaya hidup telah berubah. Dunia online mungkin telah mengambil lebih dari separuh masa kita seharian. Menyedari situasi ini, saya kira satu kemahiran penting yang perlu dipupuk pada generasi pasca COVID adalah ketekunan kerja yang konsisten sehingga siap atau fokus untuk satu target. Keadaan telah berbeza berbanding realiti dahulu di mana, sifat multi-tasking itu lebih berkelebihan. Namun dalam memastikan keja siap tepat pada masanya dengan fokus yang maksima, fokus bersasaran yang komited diperlukan secara konsisten sehingga siap. Itu lebih mencabar untuk cara kerja di atas talian hari ini.

Item Type: Newspaper Cutting
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Abdul Latip
Date Deposited: 21 Jul 2021 03:29
Last Modified: 12 Dec 2022 08:27
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35650

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item