Hamrila, Abdul Latip (2021) Ramadhan dan Konsep Kesederhanaan, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)
|
Image
Article 11.jpg Download (1MB) | Preview |
Abstract
Ramadhan datang lagi. Hadirnya Ramadhan kali ini masih dalam suasana pandemik COVID19 yang sedang menguji kita semua. Baik dari segi kehidupan peribadi, mahupun dalam aturan hidup bermasyarakat, saya percaya pandemik yang datang sejak lebih setahun ini banyak membawa seribu satu perubahan dalam pengalaman hidup setiap di antara kita. Semua tahu, Ramadhan membawa pengertian yang simbolik melalui ujian kepada ketaatan hati, pegangan diri juga ketahanan jiwa. Nampak macam senang kan? Cuma tak makan dan minum dari pagi ke petang. Namun itulah titik kelemahan diri sebenarnya. Bukanlah semudah itu untuk melalui ‘ujian mudah’ ini dengan hati yang lapang dan tak terjejas rutin seharian. Mungkin ada yang boleh saja bertahan lapar dahaga, tapi kurang riang ceria seperti biasa sebab kurang stamina. Bayangkan, bertahan sekejap pun boleh menjejaskan mood kita. Bagaimana agaknya mereka yang berlapar, tak makan tak minum kerana tekanan hidup yang menduga? Jangan pula sekali berasakan yang kita tidak mungkin akan jatuh pada situasi kelaparan dan kemiskinan. Sungguh, hidup ini banyak ketidaktentuannya. Sesekali mungkin elok juga kita mengingatkan pada diri sendiri, dengan membuat carian kisah-kisah pengakhiran tragis orang yang di puncak kegemilangan yang akhirnya papa-kedana. Jika kita lihat perkaitannya dalam spektrum gaya hidup moden, pendekatan menahan diri ini (dengan berpuasa) boleh diperjelas dengan konsep minimalis. Secara dasarnya, konsep minimalis menekankan fokus sebenar pada keperluan dan menghapuskan lebihan (excess) yang kurang berkenaan dalam hidup. Dengan menghapus lebihan yang tidak perlu, hidup akan lebih bermatlamatkan pada memenuhi kebahagiaan dalaman, rasa kecukupan, serta berasa bebas dalam cengkaman kebergantungan pada elemen-elemen sampingan. Benar, kalau difikir-fikirkan banyak juga masa terbuang untuk mencari elemen-elemen sampingan yang dirasakan membuat kita rasa terhibur di sepanjang melalui hidup ini. Ada masanya kita cari justifikasi untuk menyatakan rasa terhibur itu perlu untuk kita merasai kehidupan yang dilalui. Ada pula masanya, kita sendiri berasakan terhiburnya kita tidak juga memberi sebarang makna tentang tentang kehidupan.
Item Type: | Newspaper Cutting |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Abdul Latip |
Date Deposited: | 21 Jul 2021 03:28 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 08:41 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35646 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |