Hamrila, Abdul Latip (2021) Relevan Dalam Industri, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts). [Newspaper Cutting] (In Press)
|
Image
Article 10.jpg Download (945kB) | Preview |
Abstract
Motivasi dan usaha ke arah kelangsungan niaga perlu dijelmakan secara berterusan dalam jangka panjang. Untuk kekal bertahan dalam tempoh yang lama, ternyata tidak cukup dengan usaha hanya untuk mensasarkan pada satu pencapaian. Senario ini memberikan gambaran yang jelas tentang keperluan kualiti pekerja yang sifatnya abstrak kepada kita. Dari perspektif individu, bagaimana agaknya kita hendak memastikan stamina kerja untuk memberi pencapaian-pencapaian yang berbilang dalam tempoh 30 tahun di sektor pekerjaan yang kita lakukan? Sesekali, bolehlah kita membuat refleksi diri. Apakah agaknya pencapaian atau usaha spesifik yang telah dibuat yang bersesuaian dengan kebolehan kerja yang dilakukan? Atau, masa bertahun hanya menyaksikan kita keluar masuk tempat kerja mengikut waktu clock in clock out tepat masa sekadar kehadiran. Di pihak pengurusan organisasi juga, penilaian kualiti kerja kini lebih mencabar. Di mana agaknya kita meletakkan wajaran motivasi yang bersesuaian pada tempatnya? Adakah relevan dengan keperluan kualiti yang mendokong kelangsungan dan daya saing organisasi pada jangka panjang? Adakah sama saja penilaian kita pada yang asal hadir mengikut masa, atau pada yang memenuhi indikator inovasi dalam dirinya? Percaturan dalam dunia perniagaan bukan sahaja semata-mata berpaksikan pada nilai pelaburan dan teknologi semasa. Cabaran yang lebih besar dan bersifat strategik memerlukan daya tahan sesebuah entiti industri harus didokong oleh daya usaha dan daya saing yang berterusan secara kolektif.
Item Type: | Newspaper Cutting |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Abdul Latip |
Date Deposited: | 21 Jul 2021 03:27 |
Last Modified: | 12 Dec 2022 08:41 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35639 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |