Kesan Pengambilan Kopi Segera Berkafeina Terhadap Prestasi Larian Pecut 100m (The Effect Of Instant Coffee Consumption Towards 100m Sprint Performance)

Mohamad Afif Zulhusmi, Alet and Norlena, Salamuddin and Lidyana, Binti Roslan (2021) Kesan Pengambilan Kopi Segera Berkafeina Terhadap Prestasi Larian Pecut 100m (The Effect Of Instant Coffee Consumption Towards 100m Sprint Performance). Jurnal Dunia Pengurusan, 3 (2). pp. 29-36. ISSN 2682-8251

[img] PDF
kopi-1.pdf

Download (73kB)
Official URL: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/vi...

Abstract

Kopi merupakan sumber semula jadi kafeina yang boleh merangsang daya ketahanan dan kekuatan badan manusia. Namun, didapati tiada penelitian kesan ergogenik kopi segera terhadap prestasi larian pecut 100m. Maka, hubungan di antara pengambilan kopi segera terhadap masa yang diambil untuk menghabiskan larian 100m dikaji dengan mengadaptasikan konsep 1-repitasi-maksimum dalam 2 cubaan larian 100m. Sampel kajian seramai n = 6 orang atlet telah diberi sejenis minuman suplemen 30 minit sebelum larian pecut 5 hari berturut-turut diselangi 2 hari rehat selama 3 minggu. Turutan minuman adalah kopi segera dekaf (DC), air (W) dan kopi segera berkafeina (C). Masa diambil pada jarak 60m (t60m) dan 100m (t100m). Bagi memastikan dapatan kebarangkalian teguh terhadap ralat jenis I, data t100m yang tidak homogen diubahsuai menggunakan kaedah Nonparametric Levene’s Test (Diff_Rt100m). Berdasarkan analisis ANOVA satu hala, didapati ada perbezaan skor min yang signifikan untuk Diff_Rt100m (F(2,87) = 5.583, p = .005, ηp2 = .127). Selanjutnya, analisis Post-hoc data Diff_Rt100m menunjukkan perbezaan signifikan di antara skor min DC dan C untuk masa larian 100m. Didapati tiada perbezaan signifikan untuk catatan masa pada 60m. Kesimpulannya, minuman kopi segera mempengaruhi prestasi larian 100m. Namun begitu, kajian lanjut harus dijalankan untuk mengenal pasti kesan ergogenik kafeina dalam bentuk kopi segera terhadap prestasi larian 100m.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: larian pecut 100m, kopi segera, kafeina, prestasi, UNIMAS, University, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Engineering
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Engineering
Depositing User: Sanawi
Date Deposited: 10 Jul 2021 02:44
Last Modified: 10 Jul 2021 02:44
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/35609

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item