ANALISIS EUFEMISME DALAM MASYARAKAT MELANAU DALAT BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF

SHERILYNE, BIYOL (2020) ANALISIS EUFEMISME DALAM MASYARAKAT MELANAU DALAT BERDASARKAN SEMANTIK INKUISITIF. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Sherilyne ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini melihat penggunaan eufemisme oleh masyarakat Melanau Dalat dalam pergaulan seharian. Penggunaan bahasa Melanau sepenuhnya sebagai medium komunikasi mereka mendorong pengkaji untuk menjadikan masyarakat di kawasan ini sebagai sebagai kawasan utama kajian. Pengkaji melihat bidang kajian semantik pada aspek yang lebih mendalam jarang ditemui dalam kajian Melanau. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti eufemisme dalam kalangan masyarakat Melanau Dalat dan menganalisis eufemisme tersebut menggunakan Semantik Inkuisitif. Dalam kajian ini, konsep penggunaan dan pengkategorian eufemisme berdasarkan Teori Allan & Burridge (1991) dijadikan sebagai panduan kutipan data seterusnya dianalisis menggunakan Teori Semantik Inkuisitif bagi melihat dengan lebih mendalam akal budi penutur masyarakat Melanau Dalat. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif iaitu sebuah kajian lapangan untuk menjalankan kajian ini. Hasil kajian mendapati, sebanyak 36 data bagi bahasa halus yang berjaya dikumpul daripada dua informan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penggunaan eufemisme dalam kalangan masyarakat ini banyak menggunakan benda yang ada dekat dengan diri mereka seperti kucing, ulat mulong dan lain-lain. Pengkaji berharap agar akan ada kajian lain yang merungkai eufemisme masyarakat Melanau Mukah, Matu Daro dan banyak lagi seterusnya meneliti sehingga ke akal budi penutur menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2020.
Uncontrolled Keywords: Eufemisme, Semantik Inkuisitif, Melanau Dalat,
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 15 Mar 2021 04:06
Last Modified: 05 Nov 2024 01:33
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34835

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item