UNSUR IRONI DALAM BAHASA KIASAN PUNJABI: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

Balveen Kaur Sokhal, Jasbir Singh (2018) UNSUR IRONI DALAM BAHASA KIASAN PUNJABI: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Balveen Kaur Sokhal ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (962kB)

Abstract

Bahasa merupakan satu medium penyampaian yang berkesan dan sering digunakan oleh semua masyarakat. Dalam kajian ini bahasa yang difokuskan oleh pengkaji ialah bahasa Punjabi yang digunakan oleh masyarakat Sikh di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur haiwan dalam bahasa kiasan Punjabi melalui kacamata semantik inkuisitif dalam memperlihatkan akal budi orang Punjabi. Tumpuan analisis ini ialah pada kiasan yang menunjukkan unsur haiwan dengan memperlihatkan makna ironi di sebalik kiasan tersebut. Kajian berbentuk kualitatif iaitu kajian bersifat deskriptif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang merupakan gabungan di antara pemikiran kognitif dengan maklumat baru, akal budaya masyarakat Punjabi. Data kiasan Punjabi dikumpul melalui kaedah temu bual yang dijalankan oleh pengkaji kerana kiasan Punjabi belum lagi didokumentasikan. Hasil kajian mendapati budaya dan akal Punjabi dapat dikaitkan dengan kiasan tersebut. Ketersiratan makna kiasan yang mempunyai unsur haiwan jelas memperlihatkan falsafah masyarakat Punjabi. Kajian ini juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran dalam kiasan Punjabi berdasarkan pendekatan yang digunakan. Akal budi Punjabi dapat dilihat dengan jelas, pencungkilan makna dilakukan dengan kaedah yang sistematik dan saintifik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2018.
Uncontrolled Keywords: Bahasa Punjabi, bahasa kiasan, semantik inkuisitif, falsafah, akal budi Punjabi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 09 Mar 2021 07:17
Last Modified: 11 Apr 2023 07:32
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34746

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item