BAHASA SLANGA REMAJA IBAN SEBUYAU: ANALISIS PELUASAN MAKNA BERDASARKAN KERANGKA KATEGORI JARINGAN RADIAL

CLINTON, RINGIT (2017) BAHASA SLANGA REMAJA IBAN SEBUYAU: ANALISIS PELUASAN MAKNA BERDASARKAN KERANGKA KATEGORI JARINGAN RADIAL. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Clinton Ringit ft.pdf
Restricted to Registered users only

Download (929kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti aspek bahasa slanga remaja Iban di kawasan Sebuyau, Sarawak. Secara khususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perkataan slanga remaja Iban Sebuyau, menganalisis bahasa slanga remaja Iban Sebuyau menggunakan Kerangka Kategori Jaringan Radial oleh Lakoff (1987) dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesan penggunaan slanga remaja Iban Sebuyau. Dalam pada itu, kajian ini dipilih untuk melihat cara peluasan makna berlaku dalam kata slanga dari dua pengkategorian, iaitu Kata Nama (KN) dan Kata Kerja (KK) yang dituturkan oleh golongan remaja Iban di kawasan Sebuyau, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data melalui kajian lapangan. Dalam penyelidikan ini, pengkaji memperoleh 8 data kategori KN dan 7 data kategori KK. Antaranya ialah ditul, ‘lauk’, pamoga, ‘pencemaran’, ribieh, tiga paku’, teribagu dan ai’ bagi kategori slanga KN, manakala slanga kategori KK menampilkan data seperti fogging, 'melabur', merueh, ngaga’ peta, ngangat nyawa, belagu dan nunjuk langit. Hasilnya, kajian ini mendapati bahasa slanga remaja Iban Sebuyau dipengaruhi oleh faktor interaksi dan media massa.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (MSC) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2017.
Uncontrolled Keywords: slanga, Kerangka Kategori Jaringan Radial, Kata Nama, Kata Kerja
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 05 Mar 2021 07:11
Last Modified: 01 Nov 2023 07:19
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34703

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item