ANALISIS PENCAMPURAN KOD DALAM NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU KARYA ANJELL

WAHHIDATUL WAHIDA, YUSUF (2018) ANALISIS PENCAMPURAN KOD DALAM NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU KARYA ANJELL. Masters thesis, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
ANALISIS PENCAMPURAN KOD DALAM NOVEL TUNDUKKAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (519kB)

Abstract

Fenomena pencampuran kod dalam masyarakat bukanlah satu perkara yang asing lagi. Senario ini disebabkan oleh bahasa itu begitu dekat dan rapat sekali dengan kehidupan manusia. Pencampuran kod ini bukan hanya berlaku dalam situasi lisan sahaja malah turut berlaku dalam tulisan. Pencampuran kod dalam dalam bidang penulisan tidak hanya tertumpu kepada medium yang melibatkan sosial media malah turut berlaku dalam penulisan seperti novel. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata pencampuran kod yang terlibat dalam dan mengkaji fungsi pencampuran kod dalam novel. Dalam kajian ini novel yang digunakan adalah novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell dan data bagi setiap perkataan yang melibatkan bahasa Inggeris telah dikumpulkan dengan cara selang dua muka surat. Kerangka Ravika (2015) digunakan bagi mengenal pasti objektif pertama dan untuk objektif kedua pula kerangka Kanthimathi (2007) telah digunakan. Hasil kajian mendapati bentuk kata seperti kata dasar, kata berimbuhan, kata majmuk, frasa, klausa dan idiom telah digunakan bagi pencampuran kod dalam novel tersebut. Fungsi-fungsi pencampuran kod yang terlibat adalah fungsi sosialisasi di mana fungsi ini dilihat merangkumi fungsi yang lain seperti fungsi sikap, instrumental dan pendedahan kepada bahasa asing. Fungsi lain yang turut terlibat seperti fungsi identifikasi laras bahasa, ekspresif, memberi arahan, penekanan dan juga fungsi rujukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2017.
Uncontrolled Keywords: sosial media, kod dalam novel, kerangka Kanthimathi,
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies
Depositing User: Dan
Date Deposited: 04 Mar 2021 04:55
Last Modified: 17 May 2023 09:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/34676

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item