Fatahyah, Yahya and Suriyani, Yahya and Aina Razlin, Mohammad Roose (2009) Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem. Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009.
|
PDF
Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem.pdf Download (15kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Sarawak.. Ujian–t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. Hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan selfesteem. Pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka Pekali Spearman Rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. Pekali Pearson Product-Moment pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. Hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS |
Uncontrolled Keywords: | unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education , research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Karen Kornalius |
Date Deposited: | 02 Jul 2014 07:16 |
Last Modified: | 29 Dec 2016 07:55 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/3456 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |