Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) : Kajian Tinjauan Persepsi Pelajar

Mohamad Azhari, Abu Bakar and Siti Norazilah, Mohd Said and Surena, Sabil and Hasniah, Ibrahim and Aina Razlin, Mohammad Roose and Edris, Aden and Ida Juliana, Hutasuhut and Zulmahari, Marawi (2012) Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) : Kajian Tinjauan Persepsi Pelajar. In: Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) : Kajian Tinjauan Persepsi Pelajar.

[img]
Preview
PDF
Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kajian Tinjauan Persepsi Pelajar.pdf

Download (41kB) | Preview

Abstract

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus generik yang perlu diambil oleh semua pelajar di universiti tanpa mengira perbezaan latarbelakang. Dalam konteks ini, tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan kursus ini adalah sangat besar dan berat walaupun kursus ini bertaraf generik. Terdapat pelajar yang beranggapan kursus ini mudah untuk lulus berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar lain. Tanggapan sedemikian menyebabkan mereka mengambil kursus ini secara sambil lewa dan tidak meletakkan komitmen yang tinggi untuk memahami kepentingan kursus. Penilaian penyelidik turut mendapati isi kandungan kursus dan rujukan perlu dikemaskini. Terdapat isi kandungan yang perlu diberi pengukuhan dan penambahbaikan selaras dengan permasalahan dan situasi semasa (waqi’). Tindakan sebegini dapat membantu untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar yang berbilang agama. Penilaian daripada semua pelajar samada pelajar Islam mahupun bukan Islam perlu diambil kira supaya kita dapat mengetahui pengharapan yang diletakkan terhadap kursus TITAS. Berkemungkinan terdapat persoalan daripada pelajar bukan Islam tentang kenapa mereka perlu mengambil kursus ini sedangkan isi kandungan kursus lebih menjurus kepada agama Islam. Pelajar juga menilai kursus ini sebagai ulangan daripada apa yang dipelajari semasa di sekolah menengah iaitu matapelajaran Sejarah terutamanya yang menyentuh tentang ketiga-tiga tamadun (Melayu, Cina dan India). Data daripada penilaian pelajar dapat membantu untuk memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengutarakan cadangan penambahbaikan kursus yang sedia ada. Contohnya dialog antara agama oleh wakil-wakil agama dan pembentangan isu ketamadunan dalam kolokium oleh para pelajar bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran TITAS.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: TITAS, ketamadunan, pemantapan kursus, pengajaran dan pembelajaran, persepsi pelajar, Unimas, university, universiti, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, postgraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 01 Jul 2014 07:07
Last Modified: 17 Sep 2015 06:46
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3375

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item