Istilah-Istilah yang Digunakan Penagih Dadah dalam proses Berinteraksi : Panduan Kepada Bakal Kaunselor di Agensi Pemulihan Dadah

Mohamad Azhari, Abu Bakar and Nor HasniahI, brahim and Mohd. Razali, Othman and Siti Norazilah, Mohd Said and Aina Razlin, Mohammad Roose and Edris, Aden and Muhamad Sophian, Nazaruddin (2012) Istilah-Istilah yang Digunakan Penagih Dadah dalam proses Berinteraksi : Panduan Kepada Bakal Kaunselor di Agensi Pemulihan Dadah. In: Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI 2012) 19-21 June 2012.

[img]
Preview
PDF
Istilah-Istilah yang Digunakan Penagih Dadah dalam proses Berinteraksi Panduan Kepada Bakal Kaunselor di Agensi Pemulihan Dadah.pdf

Download (43kB) | Preview

Abstract

Penggunaan istilah-istilah tertentu dalam kalangan penagih dadah (pelatih) merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam interaksi harian mereka. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami oleh orang awam. Contohnya, istilah kristal bukan merujuk kepada batu kristal yang kita fahami tetapi merujuk kepada syabu iaitu sejenis dadah. Oleh itu, seseorang yang berminat untuk menjadi kaunselor di agensi pemulihan perlu mempersiapkan diri bagi memahami istilah-istilah yang digunakan oleh pelatih. Kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat berkaitan istilah-istilah yang digunakan oleh para pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Pemahaman istilah tersebut dapat membantu kaunselor untuk berinteraksi dengan lebih mudah (proses pembinaan hubungan) semasa sesi berlangsung mahupun di luar sesi kaunseling. Kaunselor juga dapat membantu diri mereka daripada ditipu oleh pelatih apabila dapat memahami istilah yang digunakan. Data penyelidikan ini diperolehi daripada 69 pelatih dan 40 kakitangan yang bertugas secara langsung dengan golongan pelatih di sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Responden telah menyenaraikan seberapa banyak istilah-istilah yang biasa digunakan atau diketahui oleh mereka. Data yang diperolehi telah dianalisa dan dikategorikan mengikut maksud yang sama walaupun mempunyai istilah yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelatih telah menyenaraikan sebanyak 75 kelompok istilah dan kakitangan menyenaraikan 66 kelompok istilah. Hasil kajian ini akan dipanjangkan dalam bentuk manual istilah sebagai panduan kepada bakal kaunselor di agensi pemulihan untuk berinteraksi dengan golongan pelatih dengan lebih efektif.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: Unimas, university, universiti, borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, postgraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 01 Jul 2014 06:52
Last Modified: 17 Sep 2015 06:42
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3362

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item