Orang Asal Semai dan Temiar. Di Pahang dan Kelantan Semenanjung Malaysia : Sejarah, Budaya dan Bahasa

Sharifah S., Ahmad and Dayang Hajyrayati, A. Kassim and Zamri, Hassan and Wong, Swee Kiong and Peter, Karubi and Justin, Peton (2020) Orang Asal Semai dan Temiar. Di Pahang dan Kelantan Semenanjung Malaysia : Sejarah, Budaya dan Bahasa. UNIMAS Publisher, Kuching. ISBN 978-967-2298-36-6

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Orang Asal Semai dan Temiar 5pgs.pdf
Restricted to Registered users only

Download (387kB) | Request a copy

Abstract

Naskah ini merupakan salah satu usaha projek penyelidikan yang dikenali sebagai Telecentre Project for Orang Asli (TPOA) yang bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan peribumi sejajar dengan perubahan semasa. Kami menyedari bahawa pembangunan fizikal dan teknologi semata-mata tidak mampu untuk dipertahankan tanpa ilmu dan kekayaan budaya yang menjadi asas kepada identiti dan kelestarian komuniti dalam mengharungi cabaran modenisasi dan globalisasi. Buku ini disasarkan sebagai rujukan untuk bacaan umum, guru-guru dan pelawat yang ingin mendekati jiwa komuniti Orang Asal Semai di Pahang dan Temiar di Kelantan. Kosa kata yang terkandung di dalamnya juga akan ditambah-baik dari semasa ke semasa untuk memastikan ia kekal relevan kepada komuniti dan pengguna lain. Saya mengucapkan syabas kepada para penulis dan pengkaji naskhah ini yang dipelopori oleh Dr Sharifah Sophia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan penyampaian objektif projek memenuhi kehendak dan keperluan komuniti Semai dan Temiar di lokasi tersebut. Diharapkan agar usaha ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat tambahan kepada naskah-naskah penyelidikan Orang Asal yang sedia ada.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Orang Asal (Malaysian people), Senoi (Southeast Asian people, Pahang, Kelantan, Social life and customs, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Ling Sing
Date Deposited: 17 Dec 2020 08:29
Last Modified: 31 May 2024 08:16
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/33461

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item