Modaliti dalam Wacana Perbahasan Parlimen

Dayang Sariah, Abang Suhai and Kesumawati, Abu Bakar and Norsimah, Mat Awal (2020) Modaliti dalam Wacana Perbahasan Parlimen. GEMA Online®Journal of Language Studies, 20 (4). pp. 186-208. ISSN 2550-2131

[img] PDF
Modaliti dalam Wacana Perbahasan Parlimen_pdf.pdf

Download (120kB)
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gema/article/view/42133

Abstract

Perbahasan Parlimen merupakan salah satu kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan perbincangan antara pemeran utama yang secara tidak langsung dapat menyerlahkan hubungan sosial melalui unsur bahasa yang dimanfaatkan. Juseru, analisis unsur modaliti dalamklausa ujaran merupakansalah satu penelitian awal yang bolehmenonjolkan hubungan sosial pemeran dengan khalayak pewacananya. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan aspek maknamodaliti yangdigunakanoleh pewacana Kerajaan dan Pembangkang dalam wacana perbahasan Parlimen sebagai satu cara membinahubungan sosialdengankhalayak wacananya. Wacana perbahasan parlimen yang dipilih ialah perbahasan Belanjawan 2019, iaitu perbahasan belanjawan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (2018) dan selepas berlakunya peralihan kuasa dalam era Malaysia Baharu.Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis unsur modaliti dalam ujaran pewacana dengan bersandarkanpendekatan analisis wacana kritis Fairclough (1992 & 1995).Hasil penelitian, ditemui 13kata modaliti digunakan oleh kedua-dua pewacana Kerajaan dan Pembangkangdalam data kajian.Dapatan menunjukkan modaliti informatif dan modaliti perintah dimanfaatkan oleh kedua-dua pewacana. Pemanfaatan modaliti informatif lebih tinggi kekerapannya, iaitu 777 kali berbanding modaliti perintah hanya 282 kali. Pewacana Pembangkang dilihat mendominasi penggunaan modaliti informatifsebanyak419 kali dan banyak dimanfaatkan dalammodaliti bercirikehendak, keupayaan, pengetahuan, dan keengganan.Pewacana Kerajaan pula mendominasi penggunaan modaliti perintah bagi maksud permintaan sejumlah147 kali dan banyak dimanfaatkan dalam kata modaliti harus, perlu, dan kena. Jelaslah, pemanfaatan kata modaliti oleh pewacana Pembangkang adalah lebih bersifat memaklumi khalayaknya, manakala pewacana Kerajaan lebih bersifat memerintahkhalayaknya. Maka,dapatlah digambarkan bahawabentuk hubungan sosial yang terbina antara pewacana Pembangkang dan khalayaknya adalah lebih relaks atau santai, dan bagi pewacana Kerajaan pula adalah lebih formal dan serius dengan khalayaknya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: modaliti;hubungan sosial;kerajaan; pembangkang;perbahasan parlimen, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 02 Dec 2020 01:57
Last Modified: 19 Oct 2023 07:02
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/33161

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item