Salbiah, Kindoyop and Humin, Jusilin and Noria, Tugang (2016) Konsep Reka Corak Kraf Anyaman Tradisional dan Signifikasinya dalam Warisan Kearifan Masyarakat Dusun Tindal di Sabah. CONFERENCE PROCEEDINGS: 6th International Cofenrence on Local Knowledge 2016 (ICLK) USM. (Unpublished)
PDF
Konsep Reka Corak Kraf Anyaman Tradisional dan Signifikasinya dalam Warisan Kearifan Masyarakat Dusun Tindal di Sabah.pdf Download (292kB) |
Abstract
Penempatan utama masyarakat Dusun Tindal terletak di Daerah Kota Belud, Sabah. Menurut cerita lisan1, asal usul masyarakat Dusun Tindal bermula dari Daerah Ranau. Pada masa tersebut, mereka dipanggil sebagai “Orang Dusun” dan mereka tinggal di bawah sepohon kayu ara atau nunuk ragang. Pokok ara ini tumbuh di pinggir sungai yang terletak di hulu labuk yang dikenali sebagai kampung Tompias. Akibat kekurangan makanan dan ruang akhirnya “Orang Dusun” tersebut telah berhijrah ke seluruh pelusuk Negeri Sabah. Maka “Orang Dusun” yang mula mendiami Daerah Kota Belud telah menggelar diri mereka sebagai Dusun Tindal yang bermaksud tinggal di darat. Masyarakat Dusun Tindal mempunyai amalan warisan tradisi yang dapat mewakili keutuhan identiti mereka. Masyarakat ini juga mempunyai akal dan pemikiran yang kreatif sehingga dapat mencipta hasil-hasil seni kraf tangan yang tersendiri. Selain daripada kearifan dalam menghasilkan pakaian tradisi dan kraftangan yang pelbagai rekaan, masyarakat Dusun Tindal turut aktif dalam penghasilan kraf anyaman. Antara jenis anyaman yang dihasilkan oleh masyarakat Tindal adalah seperti, anyaman bakul, tikar, raga dan bekas penyimpanan padi. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan tentang anyaman tradisional bakul iaitu, bakul nurod dan bakul sisiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kraf Anyaman, Dusun, Tindal, Sabah,unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 07 Sep 2020 07:10 |
Last Modified: | 07 Sep 2020 07:10 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/31634 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |