Ritual Miring dalam Masyarakat Iban Betong

Bibiana Motey, Bilon@Senang and Noria, Tugang (2016) Ritual Miring dalam Masyarakat Iban Betong. Proceedings International Seminar on the Heritage & Folklore of the Malay Archipelago. (Unpublished)

[img] PDF
Ritual Miring dalam Masyarakat Iban Betong.pdf

Download (135kB)

Abstract

Kaum Iban atau turut dikenali sebagai Sea Dayak merupakan kaum yang terbesar di Sarawak. Menurut Sandin (1967), kaum Iban adalah berasal dari Lembah Sungai Kapuas yang kini dikenali sebagai Kalimantan yang berhampiran dengan negeri Sarawak. Namun demikian, disebabkan oleh kedudukan geografi yang berdekatan dengan negeri Sarawak, maka kaum ini melakukan migrasi ke Sarawak kira-kira pada pertengahan abad ke-16. Kumpulan terawal yang datang ke Sarawak berpusat di Lubok Antu, Sri Aman atau dikenali sebagai Simanggang suatu ketika dahulu (Margeret Linggi, 1999). Mereka seterusnya bermigrasi ke tebingan sungai seperti Sungai Batang Lupar dan seterusnya berkembang ke Sungai Sadong, Sungai Rajang dan banyak lagi (Blehant 1997). Masyarakat Iban menjalankan aktiviti harian seperti menanam padi bukit, memburu dan menternak binatang untuk tujuan sara diri. Pada masa yang sama, mereka turut mengisi masa lapang dengan menghasilkan pelbagai jenis hasil anyaman seperti tikar ‘bemban’, raga dan sebagainya. Tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik mendapati salah satu adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Iban di bahagian Betong, Sarawak sehingga kini adalah upacara Miring. Miring merupakan upacara persembahan atau berdoa kepada Tuhan atau Petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman. Tujuan sebenar upacara Miring diadakan adalah untuk memberkati penduduk, melindungi, membawa kebahagian, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam kajian ini, fokus adalah kepada pelaksanaan ritual miring di bahagian Betong, Sarawak

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Miring, Iban, Betong, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 07 Sep 2020 06:55
Last Modified: 07 Sep 2020 06:57
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/31632

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item