Perubahan Objek TajauDalam Budaya Iban di Sarawak

Khairul Zuhairi, Kalim and Noria, Tugang (2016) Perubahan Objek TajauDalam Budaya Iban di Sarawak. Conference: International Seminar on the Heritage & Folklore of the Malay Archipelago. pp. 1-5.

[img] PDF
Perubahan Objek TajauDalam Budaya Iban di Sarawak.pdf

Download (263kB)
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/309734535...

Abstract

Tajau (Tempayan) ialah warisan tradisi yang istimewa dalam budaya dan masyarakat Iban dari dahulu hingga kini. Masyarakat Iban mempercayai bahawa tajau memiliki semangat dan mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengekalkan kesejahteraan hubungan masyarakat Iban dengan kuasa-kuasa luar biasa. Dalam masyarakat Iban, pada lazimnya, tajau ialah benda budaya yang digunakan untuk kegunaan harian untuk menyimpan padi, beras, air, air Tuak, pakaian, dan wang. Walau bagaimanapun, tajau juga dilihat sebagai objek istimewa, iaitu, ia merupakan warisan kekayaan dalam budaya dan masyarakat Iban di Sarawak. Menerusi penyelidikan ini, pengunaan tajau masyarakat Iban di pendalaman Sarawak menjadi subjek kajian utama dalam penyelidikan ini. Penyelidikan ini memfokus kepada faktor perubahan pengunaan tajaup ada zaman dahulu sehingga sekarang yang merangkumi dengan pengaruhi teknologi, persekitaran sosiobudaya, upacara ritual dan perkahwinan serta agama dan kepercayaan dan globalisasi. Kertas kerja ini ditulis hasil daripada kerja lapangan yang mengumpul dan mendokumentasikan warisan tajau dalam budaya masyarakat Iban Sarawak. Penyelidikan ini memberikan pegetahuan dan rujukan akan dating dalam melihat kebudayaan Iban dipelihara walaupun ditelan zaman yang moden akan datang. Hal ini penting dalam menjadikan tajau sebahagian peranan penting serta menggunakannya dalam kehidupan harian mereka agar warisan tradisi ini dapat disambung sehingga ke generasi yang akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tajau, Iban , unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Applied and Creative Arts
Depositing User: Tuah
Date Deposited: 07 Sep 2020 03:59
Last Modified: 07 Sep 2020 04:01
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/31624

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item