Nur Ezatull Fadtehah, Hedel and Mary Fatimah, Subet (2020) PERISTIWA ANEH DALAM CERITA RAKYAT “HIKAYAT NAKHODA MUDA”: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF. ASIAN PEOPLE JOURNAL, 3 (2). pp. 147-160. ISSN 2600-8971
PDF
Mary Fatimah.pdf Download (270kB) |
Abstract
Peristiwa aneh sering diserapkandalam penciptaan cerita rakyat. Perkara ini berlaku supaya dapat menimbulkan perasaan teruja, tanda tanya mahupun kepelikan dalam kalangan pembacadan pendengar. Namun begitu, peristiwa aneh ini tidak dapat diterjemahkan secara harfiah sahaja kerana kejadian tersebut bersifat tersirat. Oleh itu, bagi merungkai sebab kejadian aneh dalam cerita rakyat ini, pengkaji mengaplikasikan pendekatan Semantik Inkuisitif(SI)oleh Jalaluddin (2014) serta dibantu pendekatan ASIAN PEOPLE JOURNAL,2020,VOL 3(2),XX-XXRangka Rujuk Silang(RRS) oleh Kempson (1986). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya dengan mengaplikasikan analisis dokumen yang telah dibukukan. Sumber data diperoleh daripada buku hikayat yang berjudul “Antologi Enam Hikayat” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka hasil usaha Nor(2016). Namun begitu, sebagai batasan kajian pengkaji akan menganalisis cerita rakyat “Hikayat Nakhoda Muda”. Berdasarkan dapatan kajian, cerita rakyat “Hikayat Nakhoda Muda”mempunyai 10peristiwa aneh. Oleh itu, berpandukan pendekatanSI dan RRS ini pengkaji dapat menjawab sebab terjadinya kejadian aneh dalam cerita rakyat tersebut berpandukan data, teori kognitif dan falsafah demi mencungkil akal budi penututnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Cerita rakyat; Hikayat Nakhoda Muda; peristiwa aneh; SI; akal budi, folklore; Hikayat Nakhoda Muda; strange event; inquisitive semantics; intelligence, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PA Classical philology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 21 Aug 2020 00:06 |
Last Modified: | 20 Oct 2023 02:14 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/31312 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |