Analisa Keperluan Employee Assistance Program (EAP) Bagi Guru-guru Sekolah Menengah di Bahagian Betong, Sarawak

Mohamad Yusoff, Salmah and Othman, Mohd. Razali and Saili, Jamayah and Lok, Maria (2006) Analisa Keperluan Employee Assistance Program (EAP) Bagi Guru-guru Sekolah Menengah di Bahagian Betong, Sarawak. In: Proceedings of the Counselor Board National Conference. 2006: Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Analisa Keperluan Employee Assistance Program (EAP) Bagi Guru-guru Sekolah Menengah di Bahagian Betong, Sarawak.pdf

Download (95kB) | Preview

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti persepsi dan penerimaan tentang keperluan perlaksanaan EAP berdasarkan sembilan permasalahan iaitu masalah kesihatan, kewangan, keluarga, kerohanian, tekanan, masalah kerja, kerjaya, hubungan interpersonal dan persekitaran fizikal tempat kerja. Cadangan model perlaksanaan Employee Assistance Program (EAP) bagi guru-guru sekolah menengah di bahagian Betong, Sarawak turut dihasilkan. Borang soal selidik dan temuramah digunakan untuk mendapatkan maklumat dari 154 guru-guru sekolah menengah dari 5 buah sekolah menengah di sekitar bahagian Betong, Sarawak. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, Crosstab dan Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan responden memerlukan pemerhatian EAP bagi empat permasalahan utama iaitu masalah tekanan, kerja, kerjaya dan persekitaran fizikal. Terdapat hubungan yang signifikan antara empat permasalahan iaitu masalah kewangan, kerohanian, tekanan dan hubungan interpersonal dengan kesemua permasalahan lain. Justeru itu dicadangkan satu model EAP terdiri daripada tujuh elemen utama iaitu objektif, perkhidmatan, sumber kaunselor, polisi dan prosedur, lokasi perundingan, pentadbiran dan penglibatan kesatuan sekerja.

Item Type: Proceeding (Paper)
Additional Information: Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS
Uncontrolled Keywords: Employee Assistance Program (EAP), sekolah menengah, kaunseling di tempat kerja, 2006, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS, universiti, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, undergraduate, research
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 30 May 2014 03:21
Last Modified: 05 Oct 2015 01:48
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/3069

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item