Wan Robiah, Meor Osman and Chong, Shin (2019) FENOMENA EVOLUSI DAN REVOLUSI MAKNA PERKATAAN MELAYU: TINJAUAN AWAL. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 3 (2). pp. 195-210. ISSN 2590-4213 e-ISSN 2590-4310
PDF
FENOMENA EVOLUSI DAN REVOLUSI MAKNA PERKATAAN MELAYU TINJAUAN AWAL.pdf Download (359kB) |
Abstract
Bahasa berubah seiring dengan perkembangan kemodenan tamadun manusia. Perubahan bahasa adakalanya berlaku secara perlahan-lahan dan adakalanya berlaku secara drastik. Manusia sebagai penutur bagi satu-satu bahasa tidak dapat mengelak daripadaimpak teknologi maklumat yang secara langsung menyebabkan perubahan bahasa. Penutur juga tidak dapat menahan bahasa daripadaterus berkembang secara pantas dan drastik kesan daripadagaya komunikasi masyarakat dunia yang berteraskan dunia rangkaian jalur lebar. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti kelainan makna daripadasegi evolusi (dalam dua Kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O Windstedt (1960) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007)) dan daripadasegi revolusi menerusi penggunaan sesuatu kata di media dalam talian iaituFacebook dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Kajian ini juga memanfaatkan carian enjin google trends untuk melihat populariti kata yang dianalisis. Sebanyak tiga kata dianalisis iaitu kisah, kunyit dan kencing. Hasil kajian menunjukkan terdapat kelainan antara perubahan makna kata yang dikaji daripadasegi evolusi dan revolusi. Walaupun terdapat perbezaan antara perubahan makna evolusi dan revolusi, namun kedua-dua perubahan ini tetap memberikan sumbangan kepada Perkamusan Melayu. Dunia perkamusan Melayu dilihat perlu bergerak seiring dengan arus globalisasi masyarakat agar ia terus kekal relevan sebagai dokumen penting penggunaan bahasa penuturnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kelainan perubahan makna, evolusi, revolusi, perkamusan Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Tuah |
Date Deposited: | 16 Jul 2020 01:53 |
Last Modified: | 30 Oct 2023 00:40 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/30478 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |