Abdul Walid, Ali and Awangko Hamdan, Awang Arshad and Hishamuddin, Siri (2020) Peranan Topeng Sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo. Peranan Topeng Sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo, 2 (4). pp. 23-36. ISSN eISSN 2636-9826
PDF
Peranan Topeng Sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo.pdf Download (8MB) |
Abstract
Terdapat banyak acara yang dijalankan dalam Kaul Melanau. Selain daripada menjadi satu ritual untuk pembersihan melalui pemberian kepada Ipok, Kaul juga boleh dilihat sebagai satu seni persembahan bagi etnik Melanau. Kajian seni persembahan Melanau banyak memberi fokus kepada perubatan seperti bebayoh dan juga tarian seladai. Kajian mengenai objek budaya pula banyak melibatkan dakan ataupun belum. Melanau mempunyai persembahan bertopeng dibuat daripada pokok rumbia yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Dalam kajian ini, topeng tersebut dinamakan topeng sagu Melanau. Fungsi budaya berdasarkan kepada tradisi dan kesan moderniti dibincangkan dalam kajian ini. Ini dibuat untuk melihat perbandingan antara fungsi asal bertopeng, perubahan konsep bertopeng, dan juga penyesuaian budaya bertopeng ini dalam kebudayaan moden. Untuk menjalankan kajian ini, kajian lapangan telah dibuat di Mukah sebelum Pesta Kaul dan juga semasa Pesta Kaul. Dapat dikenalpasti bahawa terdapat perubahan fungsi penggunaan topeng ini dalam dunia moden kerana faktor penyesuaian.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Sustainable Community Transformation |
Uncontrolled Keywords: | Melanau, Kaul, Topeng, Seni Persembahan, Rumbia, unimas, university, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, IPTA, education, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore N Fine Arts > NB Sculpture P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Borneo Studies |
Depositing User: | Ali |
Date Deposited: | 06 Jul 2020 08:45 |
Last Modified: | 13 Jan 2021 02:50 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/30221 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |