Nur Faten Shahirah, Mohd Razali and Radina, Mohamad Deli and Muhammad Zaid, Daud (2019) Penelitian Dini Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan) : Fonem Vokal. Jurnal Sains Sosial = Malaysian Journal of Social Science, 4 (1). pp. 102-112. ISSN 2600-8068
PDF
Penelitian Dini Dialek Melayu Kelantan (Subdialek Pasir Mas, Kelantan) - Copy.pdf Download (623kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang fonologi khususnya dalam mengenal pasti jenis-jenis fonem vokal yang berlaku dalam dialek Kelantan bagi subdialek Pasir Mas. Subdialek Pasir Mas dipilih sebagai kawasan kajian kerana subdialek ini merupakan salah satu daripada dialek yang sangat terkenal yang dituturkan di Kelantan. Untuk mencapai objektif ini, data dikumpul dengan menggunakan kaedah kualitatif dimana kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dengan menggunakan senarai kata yang disediakan mengikut domain-domain tertentu melalui senarai swadesh yang telah diubah suai dan memfokuskan kepada budaya benda sahaja. Temu bual ini melibatkan dua orang responden yang berlainan jantina dan merupakan penutur jati dialek Kelantan Pasir Mas dimana mereka tidak pernah berimigrasi ke luar negeri. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dalam subdialek Pasir Mas, secara keseluruhannya jenis fonem dan jumlah fonem vokal yang wujud ialah 7 sahaja iaitu [a, e, i, o, u, ə, ɔ].
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | asas fonologi; fonem vokal; dialek Melayu Kelantan; subdialek Melayu Kelantan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | MUHAMMAD ZAID BIN DAUD |
Date Deposited: | 09 Mar 2020 00:27 |
Last Modified: | 25 Oct 2023 02:50 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/29317 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |