Tuhan Tambahkan Daku Ilmu

Roslan, Ali (2019) Tuhan Tambahkan Daku Ilmu. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan, Malaysia. ISBN 978-967-2298-23-6

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Tuhan Tambahkan Daku Ilmu 10pgs.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

“Sesiapa yang menginginkan dunia maka dia wajib memiliki ilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat, dia juga wajib memiliki ilmu. Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya sekali, dia juga wajib memiliki ilmu”. Kata-kata ini dianggap Hadis tetapi tidak pernah wujud dalam kitab-kitab Hadis. Setelah diteliti oleh Imam Nawawi dan Imam Syarbini r.a. ternyata kata-kata ini merupakan kata-kata hikmah yang diujarkan oleh Imam Syafie. Oleh hal yang demikian, betapa pentingnya manusia memiliki ilmu kerana dengan ilmu, manusia berjaya di dunia dan juga di akhirat. Tuhanku tambahkan daku ilmu sebenarnya merupakan himpunan artikel yang saya tulis setelah menamatkan pengajian PhD dalam jurusan bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penulisannya bermula pada tahun 2012 dan konsep penulisan asalnya bersifat santai sahaja sekitar 2 hingga 4 muka surat kemudian disebarkan melalui e-mel kepada warga UNIMAS sebulan sekali sebagai sumbangan kecil saya ke arah dakwah Islamiah. Alhamdulillah daripada situ, saya mendapat respons yang sangat baik daripada mereka, maka lahirlah buku ini sebagai hadiah kepada para pencinta ilmu. Tajuk-tajuk yang disajikan dalam buku ini, insya-Allah akan dapat menjawab pertanyaan yang sering berlegar-legar di dalam ruang minda atau yang tidak pernah terfikirkan oleh kita selama ini selain dapat menambah info ketika mengadakan usrah, ceramah atau tazkirah agama. Artikel-artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pemahaman penulis maka rujukan teks amatlah sedikit. Memandangkan koleksi artikel agak banyak, maka 20 tajuk terawal sahaja atau dalam erti kata lain mengikut kronologi penulisan dimuatkan dalam edisi buku pertama ini. xii Sebagai intiha, ilmu itu umpama air. Andai air itu tidak mengalir (bertakung), air itu dianggap mati dan membusuk. Oleh itu, pastikan ilmu yang diperoleh diamalkan dan disebarkan kepada khalayak agar ilmu itu tidak mati dalam jiwa sebaliknya menjadi amal jariah yang boleh membawa kita ke syurga nanti. Jangan jadikan sebarang perbezaan pendapat dan pemahaman dalam sesuatu perkara menjarakkan silaturahim sesama kita. Seharusnya perbezaan pendapat ini diraikan dan ditangani dengan hati yang terbuka (berlapang dada) agar kesatuan umat akan terus terpelihara.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Religious life, Islam, Muslims, Conduct of life, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication
Depositing User: Ling Sing
Date Deposited: 05 Feb 2020 01:05
Last Modified: 28 May 2024 08:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28892

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item