Muhammad Zaid, Daud (2018) Domain Rezeki dalam Peribahasa Melayu Berorientasikan Aves Melalui Perspektif Semantik Inkuisitif. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), 3 (1). pp. 19-28. ISSN 0127-6271
PDF
Domain Rezeki dalam Peribahasa Melayu (abstract).pdf Download (168kB) |
Abstract
Aves dapat dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap;sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Ia juga adalah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga ke kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Kewujudan Aves dalam peribahasa Melayu dapat dipecahkan lagi kepada beberapa sub haiwan yang lain iaitu ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Kajian ini berbentuk kualitatif dalam menganalisis peribahasa Melayu yang berunsurkan Aves melalui perspektif semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam domain “rezeki”. Dapatan data diperoleh daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (2016) susunan Abdullah Hussain. Seterusnya, analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam kajian ini dengan berpandukan data korpus di Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malay Concordance Project (MCP). Penggunaan data korpus ini bukan sahaja mampu memberikan anteseden tambahan kepada pengkaji malahan dapat membantu pengkaji memahami konteks sebenar peribahasa tersebut sehinggalah ke akal budi penuturnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | rezeki; haiwan; Aves; peribahasa Melayu; semantik inkuisitif; akal budi Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | MUHAMMAD ZAID BIN DAUD |
Date Deposited: | 28 Jan 2020 02:43 |
Last Modified: | 30 Oct 2023 02:27 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/28809 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |