Perkaitan antara tuntutan kerja dan keluarga dengan dimensi konflik kerja-keluarga di Sarawak

Zaiton, Hassan and Nasir @Thomas, Josne and Nur Fatihah, Abdullah Bandar (2019) Perkaitan antara tuntutan kerja dan keluarga dengan dimensi konflik kerja-keluarga di Sarawak. Buletin Psikogi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 1 (1). pp. 17-27. ISSN 2637-0409

[img] PDF
Perkaitan antara tuntutan kerja dan keluarga dengan dimensi konflik kerja-keluarga di Sarawak.pdf

Download (183kB)

Abstract

Walaupun konflik kerja-keluarga (WFC) telah dikaji dalam konteks di negara barat mahupun di Asia, masih kurang kajian yang memfokuskan kepada dimensi konflik kerja-keluarga (iaitu konflik berasaskan masa, ketegangan, dan tingkah laku). Dengan memahami dimensi bagi WFC, punca berlakunya konflik lebih mudah untuk dikenalpasti dan langkah untuk menanganinya dapat dirancang dan dibangun secara spesifik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara tuntutan daripada domain kerja dan keluarga terhadap dimensi konflik kerja-keluarga. Responden merupakan 506 pekerja yang mempunyai latar belakang yang berbeza (wanita, lelaki, sudah berkahwin, bujang) daripada tiga sektor awam dan tiga sektor swasta di Sarawak. Structural Equation Modelling (SEM) menggunakan AMOS versi 18.0 digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan perhubungan yang sginifikan dan positif antara tuntutan kerja dengan konflik kerja-keluarga berasaskan masa, ketegangan dan tingkahlaku. Tuntutan keluarga juga mempunyai perkaitan yang positif dengan konflik kerja-keluarga berasaskan masa, ketegangan dan tingkah laku. Ini bermakna semakin tinggi tuntutan kerja dan keluarga, semakin tinggi konflik kerja keluarga berasaskan masa, ketegangan dan tingkah laku dialami oleh pekerja. Oleh itu, organisasi harus meneliti kembali perancangan dan pengagihan kerja pekerja untuk mengurangkan beban kerja dan menyediakan latihan yang sesuai untuk membantu pekerja mereka mengurus masa dan menangani tekanan yang dihadapi

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Konflik kerja-keluarga, Konflik berasaskan masa, Konflik berasaskan ketegangan, Konflik berasaskan Tingkah Laku, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Hassan
Date Deposited: 18 Dec 2019 01:56
Last Modified: 29 Mar 2023 02:31
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/28333

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item