Nor Shahida, Binti Saharadin (2004) Kajian Biologi Dan Tumbuhan Perumah Empat Spesies Kupu-Kupu (Lepidoptera: Rhopalocera. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Nor Shahida.pdf Restricted to Registered users only Download (28MB) |
Abstract
Kitar biologi (hidup) dan tumbuhan perumah bagi empat spesies kupu-kupu telah dikaji dan dikenaJpasti. Kajian telah dilakukan di Pusat Pembiakbaik Pokok Sarawak, labatan Perhutanan Sarawak, KM 18.5, lalan Hulu Oya, Sibu, Sarawak dari 18 Oktober hingga 8 November 2003. Tempoh (hari) bagi melengkapkan satu kitar hidup adaJah berbeza bagi spesies yang berlainan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Amathusia phidippus phidippus Linnaeus mengambil masa paling lama daJam melengkapkan satu kitar metamorfosis iaitu selama 55 hari. lni diikuti oleh Pachliopta aristolochiae asteris (48 hari), Cethosia hypsea hypsea Doubleday (46 hari) dan Papilio demolues demoleus Linnaeus (28 hari). Kejayaan pemeliharaan yang tertinggi pula adalah dari P. demoleus demolells (100%), diikuti oleh C. hypsea hypsea (94.74%), A. phidippus phidippus (87.5%) dan P. aristolochiae asteris (82.35%). Peratus telur menetas dan kemandirian bagi setiap peringkat kitar metamorfosis turut berbeza di antara spesies. Analisis korelasi panjang setiap instar larva, pupa dan sayap hadapan bagi kesemua spesies menunjukkan terdapatnya korelasi linear bagi ciri-ciri yang diukur. Cyrtostachys renda telah dikenaJpasti sebagai tumbuhan perumah bagi A. phidipplls phidippus manakala Aristolochia tagala, Adenia palmata dan Citrus aurantifolia adalah setiap satunya tumbuhan perumah bagi P. aristolochiae asteris, C. hypsea hypsea dan P. demolells demoleus.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 2004. |
Uncontrolled Keywords: | Life cycle, host plant, (Lepidoptera: Rhopalocera) , unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) Q Science > QL Zoology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Resource Science and Technology Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Resource Science and Technology |
Depositing User: | Gani |
Date Deposited: | 27 Nov 2019 07:09 |
Last Modified: | 23 Jan 2024 08:22 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/28069 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |