Muhammad Zaid, Bin Daud (2017) Slanga Kedai Kopi : Satu Analisis Semantik Inkuisitif. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 3914 / 3942 / 3933)
Slanga Kedai Kopi.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian makna slanga yang dijalankan oleh sarjana lepas kebanyakannya cukup berhenti di tahap semantik skrip dan semantik resonans sahaja. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan penerokaan makna slanga berimplisit menggunakan pendekatan semantik inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pengkaji cuba menginterpretasikan makna sebenar slanga ini dengan mengambil kira data – transkripsi perbualan di kedai kopi (KK), teori, kognitif, falsafah dan akal budi penuturnya untuk mencapai ke tahap SI. Hal ini demikian kerana tutur kata di kedai kopi ada yang menganggapnya sebagai suatu perbualan yang kosong bagi mengelakkan situasi yang hambar dan janggal di tempat tersebut. Namun, di dalam setiap tutur kata berikut wujudnya suatu makna yang implisit di dalam slanga yang dibicarakan oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan telah mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif. Analisis rangka rujuk silang (RRS) dilakukan terhadap slanga yang mempunyai kesiratan makna daripada 15 data terpilih berdasarkan transkripsi perbualan di KK ini. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya. Dapatan kajian bagi slanga di KK ini antaranya terdiri daripada slanga kedai kopi yang berasosiasi dengan anggota tubuh badan, tumbuh-tumbuhan/buah-buahan, kelakuan manusia dan objek tidak hidup. Dalam masa yang sama penggunaan slanga ini mengandungi bahasa-bahasa figuratif yang masih mampu difahami namun, berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana ada topik yang dibualkan itu dianggap sulit. Oleh itu, perincian makna secara lebih saintifik terhadap tutur kata masyarakat di KK dapat dikemukakan daripada hanya membuat perspektif umum sahaja. Kata kunci: Slanga, makna implisit, transkripsi perbualan, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang (RRS)
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (MSc.) - Universiti Malaysia Sarawak , 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Slang, implicit meanings, speech transcripts, inquisitive semantics, cross frame analysis, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Postgraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa) P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Language Studies & Communication Studies |
Depositing User: | MUHAMMAD ZAID BIN DAUD |
Date Deposited: | 03 Sep 2019 00:28 |
Last Modified: | 27 Mar 2023 03:43 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/26683 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |