Tahap Konsep Kendiri, Kesedaran Komuniti, Sokongan Sosial dan Pengintegrasian Sosial bagi Pesalah Muda di Malaysia (Level of Self-Concept, Sense of Community, Social Support and Social Integration among Young Offenders in Malaysia)

Tharshini, A/P Sivabalan and Fauziah, Ibrahim and Mohd Suhaimi, Mohamad and Ezarina, Zakaria (2018) Tahap Konsep Kendiri, Kesedaran Komuniti, Sokongan Sosial dan Pengintegrasian Sosial bagi Pesalah Muda di Malaysia (Level of Self-Concept, Sense of Community, Social Support and Social Integration among Young Offenders in Malaysia). Akademika, 88 (3). pp. 91-100. ISSN 0126-8694

[img] PDF
Fauziah.pdf

Download (253kB)
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/index

Abstract

Stigma merupakan suatu proses yang terbentuk apabila beberapa elemen utama seperti stereotaip, pelabelan, kehilangan status diri, pemisahan dan diskriminasi bergabung dengan situasi yang tertekan serta memberi kesan negatif yang mendalam terhadap proses komunikasi yang wujud di antara pesalah muda dengan ahli komuniti. Justeru, konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial yang tinggi amat diperlukan oleh pesalah muda untuk mengadaptasikan diri dalam komuniti bagi mengelakkan masalah keterasingan sosial akibat daripada sejarah keterlibatan dengan aktiviti jenayah. Oleh yang demikian, artikel ini disediakan bagi membincangkan mengenai tahap konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Sebuah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang telah dijalankan ke atas 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan IMB for SPSS versi 23.0. Keputusan kajian mendapati bahawa tahap konsep kendiri (72.9%), kesedaran komuniti (55.2%), sokongan sosial (77.5%) dan pengintegrasian sosial (67.3%) bagi pesalah muda berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan pihak yang berkepentingan untuk merangka dan menambahbaik modul dan program-program pemulihan ke arah meningkatkan tahap konsep kendiri, kesedaran komuniti, sokongan sosial dan pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Self-concept; sense of community; social support; social integration; young offenders, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Gani
Date Deposited: 02 Aug 2019 08:28
Last Modified: 01 Jun 2021 11:39
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/26257

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item