Robert Rizal, Abdullah (2019) Perjalananku Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban. UNIMAS Publisher, Kota Samarahan. ISBN 978-967-2008-95-8
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my, or call ext: 3914/ 3942/ 3933)
Perjalananku Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban 5pgs.pdf Restricted to Registered users only Download (387kB) |
Abstract
Robert Rizal Abdullah seorang penerima anugerah �kepahlawanan Panglima Gagag Berani, yang telah �dikurniakan atas keberanian dan kegagahan sejati melebihi panggilan tugas semasa operasi-operasi menentang �pengganas komunis di Sarawak pada tahun 1973. Keseluruhan hidup beliau adalah sebuah perjalanan yang �mengagumkan dan kepada ramai orang pada hari ini, �merupakan satu siri pengembaraan yang ekstrem dan sukar diulang semula. Buku ini menceritakan kisah lelaki budiman bersuara lembut ini semasa melalui hari-hari cemerlangnya ketika mengetuai anggota-anggotanya ke medan �pertempuran. Ia mengisahkan bagaimana beliau mengetuai “Platun Kilat” yang sangat dikenali kerana kecekapan mereka, yang kemudiannya menjadi pengasas kepada tim “RISIK GEMPUR”, serta juga pertempuran-pertempuran yang melibatkan mereka. Bersama anggotapasukan pembunuhnya yang sungguh berdedikasi, mereka meronda hutan-hutan di Semenanjung dan Malaysia Timur untuk memerangi PGK di �kawasan mereka sendiri, sebelum pulang bersama kejayaan. Buku ini adalah kisah tentang pengorbanan, peluh, tangisan dan darah mereka, serta dedikasi mereka terhadap tugas dan keberanian mereka yang sukar difahami oleh seorang manusia biasa. Ia adalah sebuah kisah tentang bagaimana �anggota-anggota pasukan keselamatan ini meninggalkan �keluarga mereka selama berbulan lamanya dan tetap siaga serta teguh menjaga sempadan kita dan melindungi negara ini. Lelaki seperti Robert Rizal Abdullah dan sekian ramai �pejuang-pejuang lain yang tidak bernama, adalah benteng kepada kebebasan yang kita kecapi hari ini. Buku “Perjalananku” ini, adalah sebuah autobiografi seorang wira Iban yang patut dijadikan bahan bacaan wajib bagi semua pegawai dan anggota yang sedang membentuk diri di �institusi-institusi dan dsekolah-sekolah latihan tentera �khususnya.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Patriotism, Biography, Heroes, Autobiography, Government publications, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education,, research, Universiti Malaysia Sarawak. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Ling Sing |
Date Deposited: | 18 Jul 2019 08:21 |
Last Modified: | 30 May 2024 04:14 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/25999 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |