Samsiah, Jayos and Faizah, Abd Ghani and Lokman, Mohd Tahir and Kamarul Azmi, Jasmi (2018) Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan klien Saudara Kita di Malaysia. JURNAL PEKA Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia, IV (1). pp. 41-49. ISSN 2232-0067-0
PDF
Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan klien Saudara Kita di Malaysia (abstract).pdf Download (49kB) |
Abstract
Membuat keputusan masuk Islam bukan satu perkara yang mudah kepada saudara kita. Malah, adakalanya mereka terpaksa berdepan dengan cabaran kehidupan seperti dibuang keluarga, masalah kebajikan dan ekonomi, penyesuaian hidup serta tekanan psikologi amat membimbangkan. Pengelibatan organisasi samada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam proses tolong bantu klien saudara kita tidak dinafikan kepentingannya dalam usaha kaunselor membantu golongan ini menangani cabaran tersebut. Fokus kajian ini ingin bertumpu kepada badan bukan kerajaan yang terlibat dalam membantu klien saudara baru. Sehubungan itu, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang diperolehi melalui temubual dengan kaunselor di Majlis Jabatan Agama Islam di Malaysia dan Jabatan Agama Islam di Borneo. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini melibatkan empat (4) kaunselor dari Majlis Agama Islam dan seorang kaunselor dari Jabatan Agama Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan N'Vivo 10.0 untuk analisis data untuk membangunkan tema dan sub tema yang berkaitan dengan kajian ini. Penemuan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh badan bukan kerajaan iaitu sepuluh (10) sub tema yang terdiri; Lembaga Kaunselor Malaysia, Unit Saudara Baru, Unit Ukhuwah, Pusat Saudara Baru Darul Saadah, Darul Ukhuwah Yayasan Kasih Sayang, Badan Sukarelawan, Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Skuad Mubaligh Seremban. Kesimpulannya, kajian ini boleh digunakan sebagai panduan bagi kaunselor untuk menyediakan maklumat badan bukan kerajaan yang dapat mudah cara, tolong bantu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk klien saudara kita yang apabila masuk Islam mereka banyak berdepan dengan cabaran hidup dari pelbagai sudut. Apa yang membimbangkan jika tidak dibantu dengan sebaiknya, jalan penyelesaian terakhir yang mereka pilih adalah kembali kepada agama asal mereka iaitu murtad. Kata kunci: Badan bukan kerajaan, Organisasi, sistem sokongan, klien dan saudara kita
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | URL tiada dinyatakan dalam Jurnal PEKA |
Uncontrolled Keywords: | Badan bukan kerajaan, Organisasi, sistem sokongan, klien dan saudara kita, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development |
Depositing User: | Jayos |
Date Deposited: | 05 Nov 2018 06:37 |
Last Modified: | 05 Nov 2018 06:37 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/22289 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |