Satu Sorotan Literatur Tentang Penglibatan Sosial Belia Berstatus Sosio-Ekonomi Rendah

Carlo, Dolly Paul and Kamsiah, Ali (2018) Satu Sorotan Literatur Tentang Penglibatan Sosial Belia Berstatus Sosio-Ekonomi Rendah. Journal of Borneo Kalimantan, 4 (1). pp. 14-19. ISSN 2289-2583

[img]
Preview
PDF
Satu Sorotan Literatur Tentang Penglibatan Sosial Belia (abstract).pdf

Download (218kB) | Preview
Official URL: http://www.borneo.unimas.my/borneo-kalimantan-jour...

Abstract

Golongan belia merupakan aset penting sesebuah negara. Oleh yang demikian fokus pembangunan belia perlu diberi keutamaan bagi memastikan kelangsungan kemajuan sesebuah negara. Penyertaan sosial dalam masyarakat dipengaruhi oleh status sosio-ekonomi (SES) individu. Status sosio-ekonomi merupakan gabungan pengukuran berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan individu dan keluarga. Sorotan kajian lepas mendapati pendapatan dan pendidikan rendah individu atau keluarga merupakan petunjuk kepada pelbagai masalah sosial, kesihatan fizikal dan mental. Status kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam sumber daya manusia, yang merupakan modal penting dalam pembangunan suatu bangsa. Dalam masyarakat yang status sosio-ekonominya rendah, para belia sangat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan dan masalah sosial, contohnya keciciran pendidikan, pengangguran, penglibatan dalam aktiviti devian dan jenayah, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan fizikal dan mental. Kajian berbentuk penerokaan yang akan dilakukan ini bertujuan mengkaji pengaruh status sosio-ekonomi rendah dan penyertaan sosial belia di kawasan Sadong Jaya dan Samarahan. Kajian yang dilakukan memfokuskan penyertaan belia dalam pekerjaan, pendidikan dan masalah sosial. Namun dalam kertas kerja ini fokus perbincangan adalah berkaitan dengan sorotan lepas yang berkisar dengan status sosio-ekonomi dan penglibatan sosial dalam kalangan belia. Youth is the importance asset of a country. The focus of youth development should be given priority in order to sustain development of a country. Social participations in the society are influenced by an individual socio-economic status (SES). SES is a combination of measurement based on individual and family income, and education and occupation. Literature review shows that low income and poor education of individual and family are the indicators to array of social problems, and poor physical and mental health. Health status is one of important factors in human resource which is an important resource of development of any nation. In low SES society, youth is very vulnerable to various social and health risks, for examples, dropping out from educational systems, unemployment, and involvement in criminal and delinquent activities, drug abuse, and poor physical and mental health. This exploratory study aims to study youth in the influence of low SES and their social participations in Sadong Jaya and Samarahan areas. The focus is on their occupation, and education and social problems. However, in this working paper the focus of discussion is only based on literature review which is social participation of low SES youth.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Status Sosio-Ekonomi (SES), Golongan Belia, Penglibatan Sosial, Masalah Sosial, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Institute of Borneo Studies
Depositing User: Abg Othman
Date Deposited: 20 Aug 2018 06:53
Last Modified: 20 Aug 2018 06:53
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/21304

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item