Nyikap Diri Ngiga Pengawa Training Project (Community Service Program), Saratok anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017

Helmi, Sumilan and Victoria, Jonathan (2017) Nyikap Diri Ngiga Pengawa Training Project (Community Service Program), Saratok anjuran MSc.HRD Kohort Februari 2017. [Magazine and Newsletter]

[img]
Preview
PDF
Nyikap Diri Ngiga Pengawa Training Project Saratok.pdf

Download (263kB) | Preview

Abstract

Saratok, Sarawak: 11 Mei 2018 Sekumpulan pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah menganjurkan program latihan Nyikap Diri Ngiga Pengawa kepada warga belia di sekitar daerah Saratok pada 11 Mei 2018 yang lepas bertempat di Perpustakaan Awam Saratok. Program latihan selama satu (1) hari ini yang merupakan aktiviti bersifat community service adalah merupakan salah satu keperluan kursus KMS6033 Design of Training Program yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) untuk bergraduat sekaligus memberikan ruang dan platform kepada para pelajar berkenaan untuk menawarkan dan berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran bersama komuniti. Encik Helmi Sumilan dan Cik Victoria Jonathan daripada Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) yang juga merupakan pensyarah kursus KMS6033 sekaligus merangkap penasihat program latihan berkenaan turut hadir bagi memantau perjalanan program. Objektif utama program latihan Nyikap Diri Ngiga Pengawa berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan dan persiapan awal khususnya kepada warga belia dari sekitar daerah Saratok bagi menghadapi alam pekerjaan. Program berbentuk finishing school ini mengandungi pelbagai modul telah dirangka dan dilaksanakan sepanjang program berkenaan diadakan termasuklah ice-breaking, penulisan surat permohonan kerja dan resume, sesi grooming, teknik menghadapi temuduga serta beberapa aktiviti team-building yang berkaitan. Turut hadir semasa majlis penutupan program adalah wakil daripada Pejabat Daerah Saratok, Majlis Daerah Saratok serta beberapa wakil Ketua Kaum daripada rumah panjang dan kawasan perumahan yang berdekatan. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Dr Amalia Madihie, Timbalan Dekan (Keterlibatan Industri, Komuniti dan Pengkomersilan), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Item Type: Magazine and Newsletter
Uncontrolled Keywords: Training project (Community Service Program), Nyikap Diri Ngiga Pengawa, program Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), Saratok, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, , research, Universiti Malaysia Sarawak.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Sumilan
Date Deposited: 16 Aug 2018 02:05
Last Modified: 18 Dec 2018 06:44
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/21262

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item