Mary Fatimah, Subet (2017) Emosi dan Ironi dalam Puisi Usman Awang: Tafsiran Pragmatik. Journal Bahasa, 17 (2). pp. 305-333. ISSN 1511-9084
PDF
emosi1.pdf Download (162kB) |
Abstract
Kajian ini mengkaji emosi dari perspektif linguistik dan bahasa yang lazimnya dikaji dalam bidang psikologi. Teori linguistik, iaitu teori relevans (TR) yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson dijadikan kerangka teori analisis. Data kajian ialah sajak karya Sasterawan Negara, Usman Awang. Empat buah sajak dipilih dan dianalisis untuk mengesan unsur ironi, iaitu bahasa sindiran. Analisis dilakukan dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan konsep yang disyaratkan dalam TR. Setelah makna diperoleh, borang soal selidik diedarkan kepada 50 orang responden untuk mengenal pasti unsur emosi yang tersirat. Kajian mendapati bahawa dalam ironi yang digunakan, wujud emosi tersirat yang dapat dirasakan oleh pembaca setelah meneliti makna tersirat sajak yang diperoleh melalui analisis TR tadi. Kajian ini membuktikan bahawa walaupun teori yang digunakan ialah teori linguistik daripada bidang pragmatik, kajian berjaya merungkai makna dan emosi tersirat dalam sajak. Jelas bahawa bidang psikologi dapat digabungjalinkan dengan bidang linguistik dan bahasa untuk menelaah emosi
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | emotion, irony, language and linguistics, pragmatics, relevance theory, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Education, Language and Communication |
Depositing User: | Saman |
Date Deposited: | 05 Feb 2018 01:49 |
Last Modified: | 31 Oct 2023 07:23 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/19589 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |