Muhammad Hafiz, Mohd Shukri and Dilah, Tuah (2016) Pendekatan Mahkamah Untuk Menjatuhkan Hukuman Terhadap Kesalahan Zina, Serta Implikasinya Kepada Wanita Dan Kanak-Kanak: Kajian Kes Di Sudan. Kanun (Jurnal Undang-undang Malaysia), 28 (2). pp. 245-277. ISSN 0128-2670
|
PDF
Full Article (1) (abstrak).pdf Download (189kB) | Preview |
Abstract
Makalah ini membincangkan kes mahkamah bagi kesalahan zina dan rogol yang berlaku di Sudan. Kaedah pembuktian bagi kesalahan zina yang dibuat menerusi bukti kehamilan seseorang wanita tanpa disokong oleh bukti lain telah meletakkan wanita dalam situasi yang boleh dianggap sebagai kurang adil kerana dianggap melakukan zina, walhal berkemungkinan dirogol. Pengkategorian kesalahan rogol sebagai salah satu bentuk kesalahan zina dan pendekatan mahkamah yang menggunakan kaedah pembuktian yang sama, iaitu mengemukakan empat orang saksi menyebabkan perogol terlepas daripada hukuman. Cadangan agar jenayah rogol dikategorikan sebagai salah satu kesalahan takzir dan menghadirkan empat orang saksi diubah kepada menerima pakai kaedah pembuktian ujian DNA, keterangan mangsa dan laporan perubatan agar perogol menerima hukuman berat yang setimpal dengan kekejaman terhadap mangsa bagi menyelesaikan kes rogol di Sudan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | mahkamah, undang-undang jenayah, rogol, zina, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | K Law > K Law (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business |
Depositing User: | Mohd Shukri |
Date Deposited: | 25 Jan 2018 08:49 |
Last Modified: | 25 Jan 2018 08:49 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/19556 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |