Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan di Malaysia

Mazdan, Ali Amaran and Rohana, Jani and Salbiah, Edman and Rosita, Hamdan (2014) Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Graduan di Malaysia. Proceeding of an International Borneo Business Conference. pp. 1-13. ISSN eISBN 978-967-5418-44-0

[img]
Preview
PDF
Dimensi Personaliti Terhadap Pembudayaan Keusahawanan (abstract).pdf

Download (194kB) | Preview
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/281731361

Abstract

“Bekerja sendiri” sebagai usahawan merupakan kerjaya yang harus diberi perhatian sebagai alternatif oleh para graduan selain makan gaji dalam usaha menghadapi masalah pasaran pekerjaan yang terhad dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan. Oleh itu, pihak berwajib antaranya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan penting dalam membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar IPT dan graduan agar kerjaya usahawan menjadi pilihan setelah tamat pengajian. Justeru, kajian ini mengkaji tahap kompetensi pembudayaan keusahawanan dalam kalangan graduan di Malaysia dengan tumpuan terhadap mereka yang bekerja sendiri. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui survei Kajian Pengesanan Graduan dari tahun 2007 hingga 2009 yang melibatkan 3062 sampel graduan IPTA dan IPTS di Malaysia dan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Faktor. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sahsiah Diri (kematangan, jati diri, keupayaan berdikari, keyakinan diri, berpengetahuan dan kebolehan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan) dan Kemahiran Insaniah (keupayaan menyelesaikan masalah, kritis dan kreatif, analitikal, nilai-nilai positif dan kemahiran berkomunikasi) merupakan dua dimensi personaliti utama dalam diri seseorang graduan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keusahawanan, dimensi personaliti, sahsiah diri, kemahiran insaniah, graduan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Economics and Business
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Economics and Business
Depositing User: Ab Rahim
Date Deposited: 30 Oct 2017 06:18
Last Modified: 30 Oct 2017 06:18
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/18340

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item