Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak

Rosnah, Mustafa and Radina, Mohamad Deli and Monaliza, Sarbini-Zin and Wan Robiah, Meor Osman (2014) Amalan Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134. pp. 316-322. ISSN 1877-0428

[img]
Preview
PDF
Amalan perubatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak (abstract).pdf

Download (150kB) | Preview
Official URL: http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S...

Abstract

Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sarawak kaya dengan khazanah sumber warisan dan budaya. Antaranya ialah amalan-amalan kebudayaannya yang terserlah namun kurang diketahui oleh generasi muda hari ini. Akibat modenisasi dan arus globalisasi amalan budaya tradisional yang diamalkan oleh golongan tua dalam masyarakat Melayu Sarawak yang semakin kurang dipraktikkan mahupun diketahui oleh generasi muda. Justeru, kajian ini akan menampung kelompangan ini, iaitu bertujuan untuk mendokumentasikan amalan-amalan perubatan tradisional seperti ‘beconteng’, ‘bepaus’, ‘bekebo’, ‘besembor’, dan sebagainya yang sering diamalkan oleh generasi lama masyarakat Melayu Sarawak apabila menangani masalah-masalah ringan berkaitan kesihatan seharian mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik, temu bual dan rakaman di lapangan. Antara lain kajian ini juga akan mengupas aspek nilai dan pandangan mengenai kepentingan melestarikan amalan ini, khususnya daripada perspektif informan kajian dan budaya Melayu Sarawak. Pendokumentasian ini dilihat penting bagi memastikan keunikan ritual atau amalan perubatan ini direkod dan disimpan untuk memelihara khazanah keunikan masyarakat Melayu Sarawak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Melayu Sarawak, budaya tradisional, amalan perubatan tradisional, nilai budaya Melayu, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Language Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Language Studies
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 18 Sep 2017 06:15
Last Modified: 18 Sep 2017 06:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/17648

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item