Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem

Fatahyah, Yahya and Suriyani, Yahya and Aina Razlin, Mohammad Roose (2009) Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem. Jurnal Kemanusiaan , 13. pp. 30-45.

[img]
Preview
PDF
Hubungan antara Perkahwinan dengan Self-Esteem (abstract).pdf

Download (15kB) | Preview

Abstract

Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Sarawak.. Ujian–t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. Hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan selfesteem. Pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka Pekali Spearman Rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. Pekali Pearson Product-Moment pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. Hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 05 Dec 2013 02:31
Last Modified: 29 Dec 2016 07:50
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/121

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item