Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra- Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Mohamad Fhaizal, Mohamad Bukhori and Rohaiza, Daud and Nur Fazliana, Rahim and Nor Amalina, Ahmad and Mohd Aminudin, Mustapha and Farah Liyana, Azizan and Mohd Alhafiizh, Zailani and Dhana Jay, Raja Gopal (2015) Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra- Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Personalia Pelajar, 18 (1). ISSN 0128-273

[img]
Preview
PDF
Paper Asasi 2015 JPP Final-001-002 abstrak only.pdf

Download (147kB) | Preview

Abstract

Program pengajian sains hayat dan sains fizikal pada asasnya disasarkan kepada kelompok pelajar yang berbeza. Setiap program mempunyai kelebihan dan perspektif yang tersendiri. Memandangkan program pra-universiti, asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan, maka pelajar yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang begitu ketat dan mencabar sepanjang tempoh pengajian. Ekoran tersebut, secara dasarnya pelajar harus mempunyai fokus dan ketetapan untuk mengikuti program pengajian sains hayat ataupun sains fizikal secara jelas kerana sukatan pelajaran pra-universiti, asasi dan matrikulasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu untuk diikuti di peringkat ijazah pertama nanti. Selain itu, kemasukan pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian sains hayat dan sains fizikal di institusi terpilih ini adalah berdasarkan kepada pilihan sendiri dan memenuhi syarat syarat dan kriteria kemasukan yang telah ditetapkan. Namun, syarat yang ditentukan itu hanyalah berdasarkan kepada kelayakan akademik tanpa pertimbangan kelayakan personaliti dan minat. Justeru, kajian ini meninjau faktor faktor yang mendorong para pelajar aliran sains lepasan SPM dalam pemilihan aliran pengajian mereka di peringkat pra-universiti, asasi atau matrikulasi. Perbincangan ini melihat kepada perkaitan yang jelas antara pola kecenderungan pemilihan yang digunakan oleh pelajar menerusi faktor kehendak diri sendiri, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, limitasi pilihan, peluang pekerjaan, pilihan kerjaya, serta latarbelakang kemahiran dan minat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengajian, pra-universiti, Sijil Pelajaran Malaysia, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Pre-University Studies
Faculties, Institutes, Centres > Centre for Pre-University Studies
Academic Faculties, Institutes and Centres > Centre for Pre-University Studies
Depositing User: Azizan
Date Deposited: 12 May 2016 03:28
Last Modified: 12 May 2016 03:28
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/11975

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item