Kajian penilaian terhadap tahap penggunaan kawasan lapang kejiranan di Kuching dan kesannya ke atas interaksi sosial

Universiti Malaysia Sarawak, Faculty of Social Sciences (2008) Kajian penilaian terhadap tahap penggunaan kawasan lapang kejiranan di Kuching dan kesannya ke atas interaksi sosial. [Report] (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Kajian penilaian terhadap tahap penggunaan kawasan lapang kejiranan di Kuching dan kesannya ke atas interaksi sosial (24pgs).pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pada 20 September 2005, Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, telah memberi mandat kepada Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak untuk melaksanakan kajian tentang penggunaan ruang lapang kejiranan di Kuching dan peranannya dalam interaksi sosial masyarakat. Kajian telah dijalankan terhadap ruang lapang kejiranan yang terletak di bawah tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan. Penelitian yang dijalankan selama dua tahun ini melibatkan 30 ruang lapang kejiranan; 18 di MBKS, 7 di DBKU dan 5 di MPP. Kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif telah digunapakai untuk mengumpul serta menganalisis data tersebut. Seramai 1704 responden telah dikenalpasti dan ditemubual bagi memenuhi objektif kajian ini. Laporan akhir ini mengandungi 6 bab. Bab 1 memberi penerangan tentang latar belakang kajian, objektif serta methodologi yang digunakan di dalam kajian ini. Bab 2 menjelaskan amalan pembangunan ruang lapang di Sarawak manakala bab 3 memberi maklumat tentang latar belakang responden. Maklumat tentang penggunaan ruang lapang kejiranan serta hasil inventori dibentangkan di dalam Bab 4, diikuti dengan Bab 5 yang merumuskan dapatan yang diperolehi dalam Bab 3 dan Bab 4. Laporan ini diakhiri dengan Bab 6 yang menyenaraikan masalah yang dikenalpasti serta cadangan pembaikan. Diharap cadangan yang diutarakan di dalam laporan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan ruang lapang kejiranan di Sarawak pada masa hadapan.

Item Type: Report
Uncontrolled Keywords: Kawasan Lapang Kejiranan, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 03 Mar 2016 00:39
Last Modified: 07 Oct 2021 03:13
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/10739

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item