Promosi pelancongan dalam negara: Satu tinjauan sikap di kalangan masyarakat cina bandaraya Kuching, Sarawak

Lee, Siew Le (1997) Promosi pelancongan dalam negara: Satu tinjauan sikap di kalangan masyarakat cina bandaraya Kuching, Sarawak. [Final Year Project Report] (Unpublished)

[img] PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Lee Siew Le.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian im membabitkan tinjauan ke atas keberkesanan promosi pelancongan dalam negara yang dilakukan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) di kalangan masyarakat Cina bandaraya Kuching. Untuk kajian ini, keberkesanan adalah dilihat dari segi kognitif (pengetahuan), afektif (minat) dan konatif (tindakan). Kajian yang dilakukan di sekitar bandaraya Kuching ini membabitkan seramai 135 orang responden yang dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Sebanyak enam andaian dibentuk dan diuji dengan menggunakan ujian khi kuasa dua. Hasil kajian, menunjukkan promosi pelancongan dalam negara berjaya membentuk pengetahuan, minat dan tindakan responden untuk melancong dalam negara. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa media elektronik (televisyen) adalah berkesan untuk menyampaikan pengetahuan promosi pelancongan dalam negara dan ia banyak dirujuk oleh responden untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Item Type: Final Year Project Report
Additional Information: Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997
Uncontrolled Keywords: Tourism, Social aspects, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities
Depositing User: Karen Kornalius
Date Deposited: 06 Jan 2016 05:41
Last Modified: 09 Jan 2024 08:15
URI: http://ir.unimas.my/id/eprint/10056

Actions (For repository members only: login required)

View Item View Item