Normisyar, bt Abdul Ghani (1997) Polemik isu EAEC melalui paparan akhbar new straits times dan the star 1991 dan 1992 : Satu analisa perbandingan kandungan. [Final Year Project Report] (Unpublished)
PDF (Please get the password by email to repository@unimas.my , or call ext: 082-583914/3973/3933)
Normisyar.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian analisa kandungan ini bertujuan melihat penulisan berita tentang polemik isu mengenai EAEC di dalam akhbar New Straits Times dan The Star. Sebanyak 170 item berita dari tahun 1991 sehingga 1992 telah dikumpulkan dan dianalisa isi kandungannya. Kajian ini bertujuan melihat apakah agenda yang telah ditentukan oleh kedua-dua akhbar, berkenaan isi kandungan serta beberapa item lain seperti kategori isu, format, sumber, visual, personaliti, kaedah pengumpulan berita, kecenderungan dan orentasi berita. Hasil kajian menunjukkan bahawa isu penjelasan dan huraian mengenai EAEC serta isu pengiktirafan EAEC merupakan isu yang paling kerap mendapat liputan. Malah kedua-dua akhbar ini majoritinya menyiarkan item-item yang positif tentang EAEC. Isu-isu ini lebih cenderung untuk memberitahu dan memujuk pembaca (khasnya negara-negara barat) untuk menyertai EAEC. Manakala, pemimpin dari Malaysia merupakan sumber utama dengan Perdana Menteri Malaysia sebagai personaliti utama. Keputusan juga menunjukkan bahawa pemberi makiumat banyak menggunakan n kaedah sidang media dan temuramah untuk menjelaskan isu-isu berhubung EAEC.
Item Type: | Final Year Project Report |
---|---|
Additional Information: | Project Report (B.Sc.) -- Universiti Malaysia Sarawak, 1997 |
Uncontrolled Keywords: | Newspapers,Headlines, Journalism, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, undergraduate, research, Universiti Malaysia Sarawak |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Academic Faculties, Institutes and Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities Faculties, Institutes, Centres > Faculty of Social Sciences & Humanities |
Depositing User: | Karen Kornalius |
Date Deposited: | 06 Jan 2016 05:17 |
Last Modified: | 25 Jan 2024 07:57 |
URI: | http://ir.unimas.my/id/eprint/10055 |
Actions (For repository members only: login required)
View Item |